Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 27 May 2011

Pengakuan berani seorang BETINA

Pengakuan berani dibuat oleh seorang BETINA yang dah banyak kali mengugurkan anak.

BB: mase awak beranak tak sakit ke?

Betina: tak la... aku beranak dalam toilet senang je.

BB: tak kan takde rase sakit langsung?

Betina: memang takde la... maybe sebab lahir anak luar nikah, pompuan yang beranak halal tu dose dia ilang, tu yang sakit.

BB: ye ke? (buat2 tak tau), awak beranak sorang je ke dalam toilet tu?

Betina: aku dengan kawan aku la...

BB: lepas beranak tu, awak buat ape dengan baby tu?

Betina: lepas je keluar... kawan aku buang kat sungai belakang toilet.


BB: buang kat sungai?! awak tak rase bersalah ke? baby tu idup lagi ke tak mase tu?


Betina: dah takde kot, sebab lepas je keluar, kawan aku tutup mulut ngan idung dia, sedih tu ade gak... tapi takkan aku nak simpan, mati la aku.


BB: abis takde orang jumpe ke?


Betina: entah... takde pulak yang jumpe, ramai je yang buang kat sungai tu.


BB: astagfirullah al azim!!! (tu je yang mampu aku cakap)


Setakat tu je aku tanye dia, sebab aku rase marah sangat2 mase tu..., aku terus ubah topik lain, bengang gile... sebabnye dia boleh cakap tanpa ade ape2 perasaan...


Mungkin betul ape yang dia cakap, BETINA2 yang beranak anak luar nikah ni memang tak sakit sebabnye dose dia tak ilang... pastu sume betina2 yang beranak luar nikah ni senang2 je beranak dalam toilet sambil menyangkung.


Terlalu mudah anak2 muda sekarang membuat keputusan, tanpa memikirkan kesan di masa depan...

Untuk pengetahuan pembaca, interview ini dilakukan disekitar Port Dickson, dan name betina tersebut terpaksa aku rahsiakan.


Fikir2kan lah wahai pembaca semua...

Monday, 9 May 2011

Berita terlambat, babi dalam makanan!!!

2 hari lepas syarikat rangkaian makanan mengeluarkan pekeliling ke semua cawangannya supaya mengeluarkan satu bahan makanan yang terdapat dalam menu mereka, kerana telah diuji positif ada campuran babi dalam makanan tersebut.

JAKIM telah mengambil semple tersebut dari salah sebuah cawangan rangkaian itu pada bulan lalu.

Yang bestnye.. JAKIM hanya ambik semple dan uji, pastu tak keluarkan kenyataan rasmi dan keluarkan di akhbar.... pelik2.

Kroni ar kot

Thursday, 5 May 2011

Program Cuti Sekolah Kem Sinergi Remaja 2011

Sesi 1 :
2 - 5 Jun 2011
Kem Sri Raudhah, Gombak.

Sesi 2 :
9 - 12 Jun 2011
Kem Herba, Sg. Congkak, Hulu Langat.

* Sesi khas untuk ibubapa/penjaga :
5 & 12 Jun 2011 (Majlis Penutup)

** Bermula Khamis - Ahad (4 hari 3 malam)
** Terbuka untuk pelajar sekolah rendah (10 - 12 tahun) sekolah menengah (13 - 17 tahun)

Jurulatih Utama :
1) Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam Training & Consultancy)
2) Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy)
3) Zuhairi Mohd Nopiah (Total Success Training & Consultancy)
4) Mohd Arif Asa'ad Johari (Infitah Training & Consultancy)

Perkongsian Modul :
* Iman, Islam & Ihsan (Input, Proses & Output)
* Syariatullah & Sunnatullah.
* Pengurusan Emosi & Cinta Remaja.
* Nilai Kekeluargaan & Interaksi Sosial.
* Bengkel al-Fatihah.
* Kenali Potensi Diri Untuk Berjaya.
* 7 Sifat Individu Rabbani.
* 'Smart Solat Leads to Success'.
* 'Outdoor Games'.
* Permainan Berkonsep.

Pelaburan :
RM 450 untuk pendaftaran selepas 15 Mei 2011.
Hanya RM 395 untuk pendaftaran sebelum 15 Mei 2011.
* Pendaftaran 3 orang dan ke atas, layak menerima diskaun 10%.

Urusan Pembayaran :
Bank Pembayaran: Maybank Berhad
Akaun Penerima: Total Success Training & Consultancy
Nombor Akaun: 5622 6302 1919
* SMS nama, masa, tarikh pembayaran & jumlah RM untuk rekod & semakan.

Maklumat Lanjut :
013-200 6840 (En. Mohd Noor)
012-224 0622 (En. Firdaus)

Anjuran :
1) Total Success Training & Consultancy
2) Saiful Islam Training & Consultancy
3) Infitah Training & Consultancy

Laman Web Rujukan & Pendaftaran online :
* www.akademisinergi.com
* www.total-success.net
* stc.my
* www.infitahtraining.com
* saifulislam.com