Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 7 January 2011

Kemalangan Menyayat Hati

Salam

Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30 pm, di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari thailand . Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun medic askar "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi di halang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih di tempat kemalangan lebih kurang 20 minit, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak solat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan. Kita tidak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia,bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering.. kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalau lah begini layanan / diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutama nya face book mustapha mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

-Wan Mohd

No comments: