Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 14 January 2011

DOA DAPAT PELUANG PERNIAGAAN DAN REZEKI MELIMPAH

اللَهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ أَعْظَمِ عِبَادِكَ نَصِيباً فِي كُلِّ خَيْرٍ تَقْسِمُهُ فِي الغَدَاةِ مِنْ نُورٍ تَهْدِي بِهِ، وَرَحْمَةٍ تَنْشُرُهَا، وَرِزْقٍ تَبْسُطُهُ، وَضُرٍّ تَكْشِفُهُ، وَبَلاءٍ تَرْفَـعُهُ، وَفِتْـنـَةٍ تَصْرِفُهَا، وَسُوءٍ تَدْفَـعُـهُ.
Maksudnya: “Ya Allah,jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, rahmat yang Engkau kurniakan, rezki yang Engkau sebarkan, mudharat yang Engkau selamatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), bala yang Engkau angkatkan(dari menimpa hamba-hambaMu), fitnah yang Engkau jauhkan(dari menimpa hamba-hambaMu), keburukan yang Engkau hindarkan (dari menimpa hamba-hambaMu)

Monday, 10 January 2011

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan

Sumber : Kosmo Online
PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Friday, 7 January 2011

Kemalangan Menyayat Hati

Salam

Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30 pm, di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari thailand . Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun medic askar "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi di halang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih di tempat kemalangan lebih kurang 20 minit, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak solat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan. Kita tidak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia,bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering.. kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalau lah begini layanan / diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutama nya face book mustapha mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

-Wan Mohd

Thursday, 6 January 2011

Ceramah Umum PKR N9

Datang berramai-ramai, bersebelahan Masjid Jamek Ampangan.

Wednesday, 5 January 2011

Quranic Home Based & Muslim Home Tuition (Promosi Tahun 2011)

QURANIC HOME BASED (Belajar al-quran di rumah)
* Untuk semua tahap bacaan & peringkat umur (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas)
* tahap asas (Iqra') mahupun lanjutan (al-Quran)


 MUSLIM HOME TUITION (Tuisyen di rumah)
* Untuk sekolah rendah & sekolah menengah
* JQAF / UPSR / KAFA / PMR / SPM.
* Termasuk asas 3 M (membaca, menulis & mengira)
* Juga asas jawi (mengenal huruf, menulis & membaca)


KEISTIMEWAAN

Asas :
- Tutor yang datang ke rumah.
- Lebih tumpuan (face to face learning).
- Waktu pengajaran & pembelajaran yang fleksibel.
- Hanya melibatkan 1 - 7 orang dalam 1 kumpulan belajar.

Tambahan :
- Keselamatan pelajar terjamin.
- Pelajar akan diberi tumpuan yang lebih oleh tutor.
- Pelajar tidak malu untuk bertanya soalan kepada tutor.
- Pelajar dapat memberikan tumpuan tanpa gangguan lain.
- Kesalahan pelajar dapat diperbetulkan pada masa tersebut.
- Masa yang fleksibel, bergantung pada masa pelajar dan tutor.
- Tutor dapat memberi tumpuan spesifik pada kelemahan pelajar.
- Kelas boleh diganti atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
- Memberi keselesaan pada pelajar kerana berada di rumah sendiri.
- Tutor dapat memberi kata-kata perangsang dan motivasi kepada pelajar.
- Dapat menjimatkan masa, pengangkutan kerana tutor datang ke rumah.
- Tutor memberi tunjuk ajar ‘step by step’ sehingga pelajar faham topik tersebut.
- Ibu-bapa dapat bertanya secara langsung kepada tutor tentang perkembangan anak mereka


Kadar Bayaran Perkhidmatan
Hanya dari RM 25 sejam seorang & hanya RM 10 seorang sejam jika berkumpulan 7 orang (smart circle).

Maklumat lanjut :
Web : www.infitahtraining.com

email : 
infitahtraining@yahoo.com
infitahtraining2@gmail.com

Facebook  :
  Fan Page : INFITAH TRAINING & CONSULTANCY
  Group      : Infitah Training & Consultancy

Individu bertanggungjawab :
Seremban & Rembau :
Arif Asa'ad : 016-373 3607
Mohd Noor : 013-200 6840

Lembah Klang :
Mohd Noor : 013-200 6840
Badrul Hisyam : 019-381 2580

* Pendaftaran secara online (pelajar & tutor) di laman web www.infitahtraining.com
* TUTOR juga diperlukan.

'Ilmuwan, Amilin & Profesional'
     

Tuesday, 4 January 2011

"Kita Akan Rampas Selangor Dengan Apa Cara Sekalipun"

"Kita Akan Rampas Selangor Dengan Apa Cara Sekalipun!"

Masihkah anda ingat ayat tu?

Misinya semakin hampir...

Berjayakah PR mempertahankan Selangor dibawah pentadbirannya?

Saturday, 1 January 2011

Malam Kilang

Malam kilang?

Haha... banyak betul anak yang akan dikandung malam ni...

Bulan 4-7 nanti banyak la kes membuang ni, atau makin ramai la student sekolah termengandung Ali Rustam..haha

Tahun Baru 2011

Tahun 2010, tahun getir buat Pakatan Rakyat.

2011 tahun yang bakal merubah pentadbiran persekutuan Malaysia!

Insyaallah....

Be prepare for election...

"11" is Najib lucky number...