Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 8 December 2010

History Of Dec 8

Hari ini pada 8hb Disember 1941 Malaya telah diserang oleh Jepun bermula dgn pendaratan balatentera Nippon di Kota Bharu.kemaraan tentera Jepun tidak dapat disekat oleh British dimana pada 15 Februari 1942 British telah menyerah kalah.

Tahun-tahun sebelum ...Perang Dunia Ke-2 (PD2) telah menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalis Melayu yang bercita-cita menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dipelopori Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg ditubuhkan dalam tahun 1937.Benih nasionalisme ini kemudiannya dicambah setelah tamat PD2 bagi menghalau British keluar melalui Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yg ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.

Kemudiannya parti-parti progresif kiri yang lain turut dibangunkan dengan cita-cita yang sama.bulan Ogos 1947,para nasionalis patriotiks telah memulakan upaya membentuk Perlembagaan Negara bagi sebuah Malaya merdeka.Perlembagaan tersebut di kenali Perlembagaan Rakyat;elemen-elemen progresif Melayu telah membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) manakala AMCJA (All Malaya Council Of Joint Action) mewakili kepentingan penduduk bukan Melayu telah bersama-sama merangka Perlembagaan Rakyat bagi maksud menuntut kemerdekaan.Dimana UMNO?parti yg ditubuhkan di Istana Mei 1945 (diharamkan tahun 1987 namun di reinkarnasi semula seperti hari ini) jelas bukannya parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi mengambil kesempatan dari pengharaman parti-parti progresif kiri berikutan Darurat dan Inggeris menganugerahkan kemerdekaan setelah mendapat jaminan UMNO kepentingan ekonomi dll mereka tidak terjejas.dan isu yang penting ialah soal Ketuanan Melayu tidak pernah menjadi soal pokok dewasa itu.dan Ketuanan Rakyat merupakan prinsip pokok didalam rangka perjuangan parti progresif nasionalis-patriotiks yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan sebelum di-'hijack' oleh UMNO.

Sejarah tidak berbohong,yang berbohong ialah mereka yang mempergunakan sejarah untuk mengekalkan kekuasan.

No comments: