Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 31 December 2010

Ceramah Pakatan Rakyat N9

Ceramah pakatan rakyat bersama :
Mat Sabu Dan CheguBard

Pada 4 Januari 2011, jam 21:00
Sebelah Surau Hitam, Ampangan
Datang beramai-ramai!

Thursday, 30 December 2010

Ceramah Umum 31hb Dipindah Tempat

Ceramah umum yang dijadualkan di Gedung Lalang 162, akan dipindahkan ke Dataran Muhibbah Kg Ismail Ampangan kerana permit tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

Ceramah akan berjalan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Pihak penganjur memohon maaf diatas kesulitan tersebut.
Sebarkan pada kenalan.

http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/12/ceramah-umum-n9.html

Sunday, 26 December 2010

7 Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan DISINI tanpa bermanfaat utk org lain.
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulluah "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada"

Saturday, 25 December 2010

Ceramah Umum N9

31 Disember
Jumaat
9 Malam
Gedung Lalong 162

Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Mustaffa Kamil Ayyub (MPP)
Dr. Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan Pusat)

Datang Beramai-ramai!!!

Monday, 13 December 2010

Ceramah Perdana Seremban

16 Disember 2010
Khamis, 8.45 Malam
Dataran Muhibbah, Kg Ismail Ampangan

Penceramah :
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Saifudin Nasution
YB Azmin Ali

Dato Seri adalah pemidato pertama, sila datang awal untuk tidak mengalami kesukaran.

Wednesday, 8 December 2010

History Of Dec 8

Hari ini pada 8hb Disember 1941 Malaya telah diserang oleh Jepun bermula dgn pendaratan balatentera Nippon di Kota Bharu.kemaraan tentera Jepun tidak dapat disekat oleh British dimana pada 15 Februari 1942 British telah menyerah kalah.

Tahun-tahun sebelum ...Perang Dunia Ke-2 (PD2) telah menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalis Melayu yang bercita-cita menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dipelopori Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg ditubuhkan dalam tahun 1937.Benih nasionalisme ini kemudiannya dicambah setelah tamat PD2 bagi menghalau British keluar melalui Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yg ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.

Kemudiannya parti-parti progresif kiri yang lain turut dibangunkan dengan cita-cita yang sama.bulan Ogos 1947,para nasionalis patriotiks telah memulakan upaya membentuk Perlembagaan Negara bagi sebuah Malaya merdeka.Perlembagaan tersebut di kenali Perlembagaan Rakyat;elemen-elemen progresif Melayu telah membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) manakala AMCJA (All Malaya Council Of Joint Action) mewakili kepentingan penduduk bukan Melayu telah bersama-sama merangka Perlembagaan Rakyat bagi maksud menuntut kemerdekaan.Dimana UMNO?parti yg ditubuhkan di Istana Mei 1945 (diharamkan tahun 1987 namun di reinkarnasi semula seperti hari ini) jelas bukannya parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi mengambil kesempatan dari pengharaman parti-parti progresif kiri berikutan Darurat dan Inggeris menganugerahkan kemerdekaan setelah mendapat jaminan UMNO kepentingan ekonomi dll mereka tidak terjejas.dan isu yang penting ialah soal Ketuanan Melayu tidak pernah menjadi soal pokok dewasa itu.dan Ketuanan Rakyat merupakan prinsip pokok didalam rangka perjuangan parti progresif nasionalis-patriotiks yang mula-mula memperjuangkan kemerdekaan sebelum di-'hijack' oleh UMNO.

Sejarah tidak berbohong,yang berbohong ialah mereka yang mempergunakan sejarah untuk mengekalkan kekuasan.

Bala Sudah Tiba

Bala sudah tiba, dah sudah terang lagi tersuluh konco-konconya...
 
Israel: Berpuluh pengawal Penjara Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.

Ketika pengawal penjara terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka. Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering. Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.

Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.

Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran. Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria. Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. Wah..Mesir pun hantar bantuan?....
ps: Menurut Sumber hampir kesemua yang terbunuh adalah Pengawal Penjara Rejim Israel Laknatullah