Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 10 November 2010

PhD Dr Fazley Tipu?

Masihkah anda ingat artikel ini?, Tengok video kat bawah ni
Sekarang anda baca artikel kat bawah ni, pastu anda nilai sendiri, Tak mungkin Rosmah bayar BBC untuk berita tu? ade duit sume leh buat... aku percaya kes ini kospirasi jahat rosmah nak hancurkan hidup Dr Fazley.
 
“Dr”. Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO) bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu.

Dorongan daripada kes ini, University of Wales telah menggantung penglibatan mereka dengan FICO, dan tidak akan mengambil mana-mana pelajar daripada FICO untuk belajar dalam bidang MBA & pengurusan perniagaan sehingga siasatan selesai.

Fazley, pernah mendakwa dirinya menerima ijazah daripada European Business School (Cambridge), sebuah institut yang berasal daripada Irish International University, di mana pada tahun 2008, hasil siasatan BBC mendapati bahawa insitut tersebut adalah palsu semata-mata.

Panas betul bila artis yang selama ini kami sanjung & idolakan, rupa-rupanya penipu besar! Apa nak cakap lagi, tak kan lah BBC News suka hati nak keluar cerita tanpa ada bukti. Kami cuba mendekati Fazley melalui twitter, malangnya tiada jawapan. Apa kata anda tanya twitter @FazleyYaakob.

UPDATE : Fazley akan memberikan penjelasan lebih mendalam buat masa terdekat mengenai isu ini, sekarang masih tidak boleh kerana terikat dengan proses perundangan. Kita nantikan penjelasannya.
Sumber : Oh Bulan
BBC News

1 comment:

Mengarot said...

betol atau idak 1 kejayaan buat melayu hehehe...