Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 15 October 2010

Mengatasi Sifat Buruk Sangka

Dari Teman FB:
Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, dan buruk sangka.

1. JIKA BERJUMPA DENGAN KANAK-KANAK
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa daripada kita.

2. APABILA BERTEMU DENGAN ORANG TUA
anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.


3. JIKA BERJUMPA DENGAN ORANG ALIM
anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. APABILA MELIHAT ORANG JAHIL
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana merekan membuat dosa dalam kejahilan..sedangakan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.


5. JIKA MELIHAT ORANG JAHAT
jangan kita anggap kita lebih mulia, kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. APABILA BERTEMU DENGAN ORANG KAFIR
katakan, di dalam hati, bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah S.W.T 

No comments: