Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 28 October 2010

Berhati2 Dengan Email Dari Maybank

Boleh kate tiap ari aku dapat email dari maybank, kononnya account aku sekat, kalau nak activekan balik kene log in kat link yang dia bagi.
Ni email yang tiap hari aku dapat (atas).

Ni pulak lepas aku click kat link yang diberi.
Tengok betul2 url tu...
1st time aku dapat, aku dah masukkan username aku, nasib aku tergerak hati nak tengok url dia bagi tu, sebab aku terfikir selama ni maybank tak penah pon bagi email, dan email aku yang maybank ada bukan email ni.

Berhati2 la ye semua, perompak2 internet nak lesapkan duit anda!

Wednesday, 27 October 2010

6 Perkara Allah Sembunyikan

 Umar Ibn Khattab r.a

1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Tuesday, 26 October 2010

Puteri Galak, Tua Dah Nyanyuk


Buang je la kopiah tu pak cik oi!

Say No To Menara Warisan Merdeka

Apa kepentingannya? bukankah ramai rakyat malaysia ini yang miskin untuk dibantu dari modal yang dikatakan kononya hanya 5billion.

Cukup ke 10billion untuk 100 tingkat?

Tak guna duit kerajaan konon, PNB tu milik siapa? siapa di dalamnya?

Stop wasting people money

Support Us on Facebook

Al Fatihah Dan Takziah

Al Fatihah dan Takziah buat penduduk kepulauan Mentawi yang diuji dengan gempa bumi 7.2 skala richter, gempa itu juga memyebabkan ombak besar setinggi 3 meter sehingga 400 meter ke daratan.

Terkini korban ujian tersebut telah meningkat 108 maut dan 502 orang hilang.

Calon MPP Dari N9

Undilah YB Aminuddin Harun untuk MPP 2010-2013

Friday, 22 October 2010

Salah Ke Kucing Tu?

Kengkadang aku pelik tengok manusia ni, bile kucing datang kacau diorang makan, disepaknye lah, disimbahnye dengan air, sape sebenarnye binatang?

Pe la salahnye bagi sikit ape yang ko makan tu, bukannye kucing tu leh abis makanan yang ko makan, paling banyak pun 3-4 sudu je, pastu bla la dia, dapat pahala, insyaallah dimurahkan rezeki dan insyaallah kucing tu doakan kesejahteraan kamu.


Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur, datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut, ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Wednesday, 20 October 2010

Menjamin Politik Baru

Politik berasas nilai, idea dan rekod maka kami anak muda penerus perjuangan reformasi menjemput semua untuk hadir berdialog dan mendengar manifesto, misi & visi calon Ketua AMK Pusat, CheguBard & calon-calon exco AMK Pusat.
Pada : 22/10/2010
Hari : Jumaat
Masa : 8:45malam
Tempat : Dewan D'Ark II, Taman Sri Kasih Senawang, Jalan Paroi Senawang

Sebarang pertanyaan sila hubungi Azizi 012-3696474

Friday, 15 October 2010

PRK Serentak

PRK Galas dan Batu Sapi diakan serentak?

Actually mereka takut akan terjadi seperti Sibu, jentera dari semenanjung ramai yang turun, akhirnya mereka kalah teruk, so kali ni disengajakan serentak kononnya supaya kurang jentera dari semenanjung, maknanya PR akan kalah terutamanya di Batu Sapi.

Kita tunggu dan lihat je la RANCANGAN siapa yang lebih hebat.

Mengatasi Sifat Buruk Sangka

Dari Teman FB:
Beberapa panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, dan buruk sangka.

1. JIKA BERJUMPA DENGAN KANAK-KANAK
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa daripada kita.

2. APABILA BERTEMU DENGAN ORANG TUA
anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.


3. JIKA BERJUMPA DENGAN ORANG ALIM
anggaplah dia lebih mulia dari kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.


4. APABILA MELIHAT ORANG JAHIL
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana merekan membuat dosa dalam kejahilan..sedangakan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.


5. JIKA MELIHAT ORANG JAHAT
jangan kita anggap kita lebih mulia, kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. APABILA BERTEMU DENGAN ORANG KAFIR
katakan, di dalam hati, bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah S.W.T 

Thursday, 14 October 2010

Konsert Adam Lambert Tetap Diteruskan

Percaya atau tidak konsert tu tetap akan diteruskan oleh pihak2 tertentu, kerana apa? kerana kononnya menjana ekonomi, sponsor pulak besar2 rugi ar kan kalau tak buat.

Sunday, 10 October 2010

Program Cuti Sekolah - Motivasi Al Quran

Babi Dan Kegunaanya

Hampir setiap cebisan babi digunakkan sekarang.

Friday, 8 October 2010

Cube Tengok Rosnah Ni

Nape yerk? dah buang tebiat kot pompuan ni, tak pon tengok jambul rosmah cam best je kan, tu yang nak try tu.

Yang penting puteri memang bodoh sebab sokong dia, dan memang bodo sape yang sokong UMNO ingatkan dia la 1st ketua puteri yang betudung, ghupenye sial juge.

Tukar Sekolah - Amaran Bagi Guru Edar Risalah Ubat Seks

Cikgu ni pon kalau nak beniaga jangan ar terang2 sangat, pastu jual pulak ubat perangsang seks, suke lah Ali Rustam nanti , sekolah dia dapat sambutan hangat, nanti dia buat majlis gilang gemilang menyambut kelahiran ke sejuta dalam mase 1 tahun je lepas sekolah tu dibuka.

Puad-puad, dah la name ko cukup sensitip dikalangan orang2 seremban, menteri lak tu... tak kan ko tak faham2 lagi, gaji cikgu tak cukup!!! dia berniaga sebab nak menampung kehidupan harian dengan kos idup yang tinggi, menteri2... tak kan bende2 macam tu pon nak kene ade orang terangkan kat kau, orang2 umno ni, makin tinggi pangkat makin bengap, banyak sangat makan duit rasuah.

Malaysiakini
Isu displin yang membabitkan pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah di seluruh negara akan sentiasa dipantau kerana iai melibatkan soal integriti pendidikan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, menurutnya tindakan menukar seorang guru displin sebuah sekolah di Skudai, Johor yang didapati bersalah kerana mengedarkan risalah ubat peransang seks kepada pelajarnya itu adalah sebagai amaran keras.

Katanya, walaupun ini kesalahan pertama kali oleh guru berkenaan, namun beliau tetap dihukum dan menjanjikan tindakan lebih tegas sekiranya guru terbabit mengulangi perbuatannya itu.

"Kementerian tegas dalam masalah displin. Kementerian tidak akan bertolak ansur dalam kes-kes seperti ini. Kalau ada laporan-laporan yang dibuat oleh ibu bapa (tentang isu displin), kita tidak akan bertolak ansur.

"Kementerian sentiasa memantau isu displin yang membabitkan pelajar dan guru-guru kerana ini melibatkan soal integriti pendidikan di Malaysia sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, seorang guru displin dilaporkan ditukar ke sekolah menengah lain di Johor Bharu baru-baru ini setelah didakwa mengedarkan risalah ubat peransang seks di sekolahnya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor Sufaat Tumin dipetik berkata tindakan menukar guru displin itu dibuat selepas siasatan selesai pada bulan lalu dan hasil aduan tersebut dimajukan kepada kementerian.

Perkara ini timbul berikutan aduan yang dibuat oleh seorang daripada bapa pelajar di sekolah itu yang menjumpai risalah ubat peransang seks dalam buku sekolah anaknya dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, Puad yang juga ahli parlimen Batu Pahat turut menegaskan tindakan guru displin itu adalah "tidak bertanggung jawab dari segi etika dan salah dari segi moral".

Sehubungan itu, dalam kes ini kementerian turut mengarahkan Jabatan Pelajaran Johor memantau dan menyiasat supaya perkara ini tidak akan berulang.

Thursday, 7 October 2010

Kenderaan Tamat Hayat

Gaji minimum pon tak settle lagi, macam2 bende yang dinaikkan, ni nak membebankan orang masyarakat lagi.

Orang yang bergaji rendah jangan mimpi la nak pakai kete lagi, yang beniaga kecil-kecilan pon terpaksa la guna kereta tolak je nak bawak barang, used car pulak lingkup la.

Bernama
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.

"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton, pada hari Rabu.

Syed Zainal berkata kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau berkata sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia," katanya.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan.

Syed Zainal berkata kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.

Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.

"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya.

-- BERNAMA

Sekolah Termegandung Sambut Kelahiran Pertama

Semakin hari semakin bodo pemimpin kita ni, berita yang macam ni pon nak kecoh2.

Bernama
JASIN, 6 Okt (Bernama) -- Sekolah Harapan yang menempatkan remaja hamil di sini menyambut kelahiran bayi pertama - lelaki seberat 3.6 kilogram.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 8 pagi, Isnin lepas di Hospital Jasin, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah itu.

"Saya difahamkan bayi tersebut akan diambil oleh keluarga kepada remaja perempuan itu," katanya kepada pemberita pada hari Rabu.

Mohd Ali berkata di samping memberi perlindungan kepada remaja hamil, penubuhan sekolah itu juga dapat mengelakkan kes pembuangan bayi.

Sekolah itu mula dibuka pada 17 Sept lepas, kini menempatkan sembilan lagi remaja yang sedang hamil.

Sekolah berasrama itu dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka.

-- BERNAMA

Wednesday, 6 October 2010

Konspirasi Baru Bermula

Bagi aku ini konspirasi jahat untuk masukan Anwar ke dalam penjara semula, dan ini juga menunjukkan PRU-13 semakin hampir, kerana bebasnya anwar UMNO semakin hancur.

Malaysiakini
Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.
Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.

Tuesday, 5 October 2010

Peringatan Rasullulah Yang Dilupai Muslimah


Anda juga boleh buka Channel Salafussoleh untuk menonton banyak lagi video ilmu yang disediakan.

Dunia Akhir Zaman, Benarkah?





ideo yang mengagumkan ini merupakan hasil daripada edit saudara brofat (blog beliau kini sudah ditutup). Video yang berlansung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Harap anda semua dapat meluangkan masa, fokus menonton video ini. Jadi, marilah kita bersedia untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan yang terbaik untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku pada dunia hari ini.

p/s: Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar. Anda disarankan untuk membaca artikel ini dahulu, Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi.

Saturday, 2 October 2010

Dunia Akhir Zaman, Zikir Dipermainkan

Kalau aku ada dengan diorang mase tu, atau pun aku kenal diorang, dah lame aku lempang sorang2

Oh Tidak, Gadis Bertudung Persenda Zikir

Friday, 1 October 2010

DAP: Bukan Islam dipaksa doa cara Islam

Aku pernah mengikuti kursus rela yang asasnya kurang sikit je dari askar, tapi apa yang aku tahu, peraturan dalam pebarisan tidak jauh bezanya, seperti dalam rela hanya dalam pebarisan sahaja yang bukan Islam juga perlu menadah tangan ketika doa dibacakan, tujuannya untuk barisan nampak kemas, dari itu aku tak nampak paksaan yang didakwa oleh DAP, tapi jika kes yang disiarkan seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar dibawah (dalam dewan), itu bagi aku paksaan yang melampau, kerana tiada dalam mana2 peraturan memerlukan mereka berbuat begitu.

Malaysikini
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengapa pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk membuat cara sembahyang (berdoa) orang Islam, lapor Harakahdaily.

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata, perkara itu berlaku pada 13 April 2008 di dewan kuliah Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Ampang. Beliau menuntut Zahid memberikan identiti pelatih yang terbabit dengan kes itu.

“Saya meminta agar Zahid menjelaskan mengapa perkara sebegini boleh berlaku di bawah kepimpinannya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu di mana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam.
Bukan kes terpencil

“Sekiranya kerajaan BN mengangap kes di atas merupakan satu-satu kes yang berlaku di negara ini, maka saya akan memberikan satu lagi contoh untuk membuktikan kes tersebut bukan satu kes terpencil tetapi merupakan a tip of the iceberg,” katanya.
Mengenai kejadian pada 13 April 2008 lalu itu, kata Er sekiranya pelatih enggan untuk membuat perkara yang sama maka dia akan dipaksa untuk meninggalkan kem.

Selain itu, tambahnya pemberi maklumat juga risau akan dipecat kerana membongkarkan isu itu.

Baginya, Askar Wataniah merupakan pertubuhan penting dalam sistem pertahanan negara.

Mereka yang menyertai askar wataniah tidak kira berasal dari mana-mana kaum, matlamatnya adalah sama iaitu mempertahankan kedaulatan negara dan memberikan sumbangan kepada negara.

Malangnya, kata beliau remaja yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bercita-cita untuk mempertahankan negara telah berasa tidak senang hati kerana gangguan ke atas kepercayaan mereka daripada kumpulan fanatik agama yang wujud dalam pasukan.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2006, kaum Cina hanya membentuk 5 peratus daripada jumlah askar wataniah di mana Rejimen 509 Askar Wataniah yang terletak di Lebuhraya Peel merupakan satu contoh yang baik.
Sambutan hangat

Rejimen ini menerima penyertaan hangat daripada orang Cina. Penyertaannya adalah tidak berasalkan kaum, malah pelatih telah mengadakan road show di setiap sudut untuk menyedarkan golongan remaja bahawa kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kaum Cina yang menyertai askar wataniah juga terdiri daripada golongan mahasiswa dan golongan profesional.
Program askar wataniah telah memberikan masa yang fleksibel kepada para peserta untuk menggalakkan penyertaan mereka ke dalam perkhidmatan askar wataniah. Mereka akan dilatih pada hujung minggu. Latihan rekrut adalah lebih kurang seperti latihan sebenar malah mereka juga diberikan gaji.

Peserta boleh memilih Latihan Tempatan atau Latihan Lanjutan apabila latihan rekrut tamat. Mereka akan dibahagikan kepada latihan ketenteraan yang berlainan seperti Kor Armour, Rejiman Askar Jurutera, Rejimen Semboyan dan sebagainya.

“Malangnya, askar wataniah yang tidak membezakan warna kulit, terkenal dengan tindakan tatatertib yang ketat dan reputasi yang baik, kini reputasinya telah dicemari oleh dasar agama Kerajaan BN.

“Situasi yang berlaku kini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang menjanjikan kebebasan beragama,” ujar Er lagi.

UMNO Semakin BODOH

Dasar melayu BACUL!!
Azhar Ibrahim, Reezal Merican, kenapa kamu yang kononya membela nasib melayu berdiam diri bila isu ini dibangkitkan??
Malaysiakini

Seramai 11 ADUN Umno di Pulau Pinang dicabar memulangkan wang gaji mereka kerana kemungkinan wang berkenaan datangnya dari sumber judi.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang membuat cabaran itu juga menggesa Umno mengarahkan semua staf dan kakitangan akhbar Utusan Malaysia milik parti itu untuk memulangkan semua gaji mereka.
Tindakan itu supaya kakitangan Islamnya tidak 'termakan wang haram'. Sekretariat itu mendakwa ada unsur-unsur perjudian dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan empat nombor ekor di akhbar itu.

“(Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat juga) mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah pengaruh mereka supaya memulangkan semua pendapatan gaji semula kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih daripada percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak,” kata mereka ketika membacakan kenyataan media.
Menurut setiausaha pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, - Umno kini tertekan dengan keupayaan Pakatan dalam perbelanjaan berhemah kerajaan negeri yang berjaya mempunyai wang berlebihan dan memperuntukkan dana RM20 juta untuk program menghargai sumbangan warga emas.
Katanya, tertekan dengan keupayaan itu, Umno memfitnah kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“(Justeru) cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada Umno membuktikan diri mereka adalah 'pembela Melayu yang sebenar', seperti yang selalu mereka war-warkan.
Warga emas ditipu

“Kami juga menyeru agar Umno benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di televisyen dan di dada-dada akhbar,” kata Syed Mikael pada persidangan akhbar di Prai, semalam.
Turut menadatangani kenyataan bersama ini adalah Setiausaha Pemuda DAP, Pulau Pinang, Ng Wei Aik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Pulau Pinang, Mohd Nor Harun.

Dua hari lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang diberikan itu selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.
Ia berikutan pendedahan oleh pemimpin Umno yang mendakwa bahawa wang berkenaan diperolehi daripada sumber perjudian.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat itu juga mendakwa kumpulan warga emas berkenaan telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang juga setiausaha perhubungan Umno Pulau Pinang.

“Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul.
"Ini bukti jelas, bahawa Umno sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!” kata Syed Mikael.
Ng pula menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan 'memperbodohkan' mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.
Diaturkan Umno

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.
Katanya, kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.
"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima ADUN Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata beliau yang juga ADUN Komtar itu.