Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 29 September 2010

Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang2 tertentu.
2. Apabila amanah itu dijadikan suatu sumber keuntung.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik2 dengan kawannya.
7. Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (Arak) sudah diminum dimerata tempat.
12. Kain sutera banyak di pakai olah kaum lelaki.
13. Para artis disanjung2.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat) maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diroboh menjadi makhluk lain.

1 comment:

Anonymous said...

Pihak berfahaman Wahabi antara kumpulan yang sering kali mempertikaikan amalan para sahabat kononnya dianggap bi'daah. Jika amalan golongan sahabat dah ditolak, bagaimana kita nak yakin bahawa amalan kita kini adalah benar?