Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 10 September 2010

Banner Diturunkan, Petanda?

Ini adalah petanda kemenangan PR di N9.

Masyarakat dah makin jelas lihat keburukan dan mereka mengaibkan diri mereka sendiri, bukan hanya di n9, malah dunia juga melihat kebodohan dan kebusukan mereka.

8hb Sept 2010 - Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .
Blog YB Aminuddin Harun

No comments: