Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Monday, 30 August 2010

Melayu Ke Ni?

1. Mahathir Mohamed
2. Shahrizat Abd Jalil
3. Zambry Abdul Kadir
4. Abdul Azeez Abdul Rahim
5. Reezal Merican Naina Merican

Pemimpin2 UMNO yang mengaku MELAYU, kononye nak mempertahankan hak melayu.
Melayu ke macam ni?? haha memalukan.
Korang tak patut ada dalam UMNO tu, sebab korang bukan MELAYU.

Sunday, 29 August 2010

Macam Ni Ke Adab Sebenar Masuk Masjid?

Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.


Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?



Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.



kredit gambar pada google.

macam ini ker wanita umno masuk masjid?

dok ludah kat muka mp serdang buat apa, baiki dulu puak wanita umno.

jamil khir patut buat kursus untuk wanita dan puteri umno cara masuk dan adab masuk masjid!

Apa Bezanya Kedua-Dua Gambar Ini?

Kesimpulannya orang2 dalam UMNO memang BODOH!

Monday, 23 August 2010

Daftarkan Diri Anda, Keluarga, Saudara Dan Rakan Anda Sebagai Pengundi Yang SAH Hanya Dengan Email

Pendaftaran melalui sukarelawan politik SPR hanya memerlukan anda emailkan maklumat lengkap anda, keluarga, saudara dan rakan anda seperti:

NAMA(Mengikut k/p: contoh ALI BIN TALIB @ ALI B TALIB, AISHAH BTE ABU BAKAR @ AISHAH BINTI ABU BAKAR @ AISHAH BT ABU BAKAR), NO KP, ALAMAT(mengikut k/p) dan NO TEL ke hpv3755@gmail.com.

Maklumat anda adalah RAHSIA, tidak akan disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Anda boleh semak pendaftaran anda dalam masa 3-6 bulan selepas anda berikan maklumat anda di WEBSITE SPR atau melalui SMS ke 15888 SPR SEMAK Contoh SEMAK SPR 123456789012.


Syarat2 Pendaftaran:
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 21 tahun ke atas.
3. Bermastautin dimana-mana bahagian pilihanraya (mengikut alamat dalam K/P)
4. Tidak hilang kelayakkan sebagai pemilih yang termaktub dalam undang-undang Malaysia

Tunaikan KEWAJIPAN anda sebagai rakyat MALAYSIA.

UNDIAN anda penentu masa depan NEGARA!!!

Adolf Hitler Tidak Kejam Seperti Yang Dicatatkan

Cerita Lanjut

Tuesday, 10 August 2010

Selamat Berpuasa

Pemimpin2 kite yang sibuk buka puasa kat majlis sana sini tu puasa ke? hehe...

Monday, 9 August 2010

The Last Airbender



Peminat setia kartun AVATAR mesti tengok filem ni, memang sangat best! tak sabar nak tunggu sambungan dia.

Ni la 1st cite M.Night Syamalan yang aku boleh bagi 5star, yang dolu2... 2-3 je kot, sebab pening sikit cite dia.

Wednesday, 4 August 2010

Bekas P.A Keluar Parti

Bekas P.A kepada YB Rashid Latiff (ADUN Ampangan) Sdr Ahmad Fuad telah mengumumkan keluar parti sebentar tadi di majlis bersama MB N9.

Lihatlah semua... bertapa sedihnya umno sekarang, PA pon dibeli...
takpe la... biarlah sampah kembali ke dalam tongnya.

Sunday, 1 August 2010

Hukum Berkait Hubungan Susuan

 
20 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman.

Persamaan hukum persaudaraan susuan (anak susu, ibu susu, saudara susu, pakcik susu dan lain2) dengan persaudaran darah (kelahiran) adalah dari sebahagian sudut. Bukannya semua sudut.

Hukum yang disabitkan dengan susuan

1. Pernikahan.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan. Ini jelas dari Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan diharamkan berkahwin dengan perempuan yang menyusukan kamu dan saudara2 susuan kamu..."(23: an: Nisaa)

Bukan sahaja mereka berdua sahaja malah semua yang diharamkan dalam hubungan darah adalah diharamkan dalam hubungan susuan seperti bapa saudara susuan, datuk susuan, ayah susuan dan lain2. Ini berdasarkan hadis berikut:

يحرم من الرضاع ما يحرم من الولادة

Maksudnya: Diharamkan berkahwin disebabkan susuan seperti mana diharamkan dengan sebab melahirkan anak.(Hr Muslim)
2- Boleh melihat tanpa syahwat.

3- Boleh berkhalwat.

Ini berdasarkan hadis berikut:

Aisyah berkata "Aflah bin Qu'ais meminta izin untk masuk berjumpa denganku tetapi aku tidak mengizinknnya. Maka dia memberitahu bahawa dia adalah pakcik susuanku kerana isteri saudaranya telah menyusukanku. Aku tetap tidak mengizinkannya dan aku memberitahu Rasulullah perkara ini bila baginda balik. Rasulullah bersabda:

ليدخل عليك فإنه عمك

Maksudnya: "Benarkan dia masuk kerana sesungguhnya dia adalah pakcik susuanmu." (Hr Muslim)

4- Bermusafir dgn mereka.

Sepertimana diketahui wanita dilarang bermusafir menurut pendapat jumhur tanpa suami dan mahram. Saudara susuan adalah termasuk mahram

5- Wuduk tidak batal apabila bersentuhan diantara kulit seseorang dengan saudara susuannya.
Hukum yang tidak disabitkan dengan susuan

1. Harta pusaka: Hubungan susuan tidak layak menerima pusaka.

2. Kewajipan nafkah: Hubungan susuan tidak wajb memberi nafkah.

3. Wali Nikah: Ayah susu dan seumpamanya tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuannya.

4. Penjagaan anak (hadanah): Ibu susu tidak diwajibkan menjaga anak susuan.

5. Pembebasan hamba dengan pemilikan hamba: Seseorang itu wajib menebus ayahnya yang hamba jika boleh ditebus. Namun bagi anak susu hanyalah sunat dia membebaskan ayah susuannya yg boleh ditebus.

6. Menanggung bayaran diat: Saudara susuan tidak wajib membayar diat saudara susuannya seperti saudara kandungnya.

7. Gugur bunuh balas: Seorang bapa tidak dibunuh bila dia membunuh anak kandungnya. adapun bapa susuan akan dibunuh apabila dia membunuh anak susuannya.

8. Ditolak penyaksian: Seseorang tidak boleh menjadi saksi kepada saudara kandungnya. Saudara susuan tidak termasuk dalam hukum ini.

Rujukan: ar-Roda3 al-Muharram oleh Abdullah Abdul Mun3im Abdul Latif.