Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 1 July 2010

Bukti Malaysia Mengamalkan Demokrasi

Wakaka...


Pentadbiran Najib hari ini mengumumkan pemberian tambahan sebanyak RM500,000 untuk setiap ahli Parlimen untuk digunakan bagi tujuan pembangunan di bawah kawasan parlimen masing-masing.

Namun begitu, peruntukan tersebut hanya diberikan kepada semua ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak diketahui sama ada ahli-ahli parlimen Bebas yang pro-BN turut akan mendapat peruntukan tambahan demikian.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin, setiap ahli Parlimen BN akan mendapat jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta termasuklah RM500,000 peruntukan tambahan yang diumumkan itu.

Bung memberitahu bahawa jumlah peruntukan yang diberikan setiap tahun oleh pihak kerajaan adalah berbeza dari setahun ke setahun dan berdasarkan keadaan ekonomi negara.

Menurut Bung lagi, selalunya setiap tahun mereka menerima RM1 juta daripada kerajaan memerintah.
Namun begitu, ahli-ahli parlimen BN yang lain ada mendengar tentang peruntukan tambahan tersebut tetapi belum lagi menerima surat hitam putih mengenainya.

Peruntukan yang diberikan itu adalah arahan terus Perdana Menteri melalui peruntukan tabung pembangunan yang diselenggara dan dibiayai oleh satu unit yang dikenali sebagai Unit Koordinasi Pelaksanaan (ICU).  -KLToday.com

No comments: