Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Tuesday, 13 July 2010

BN/UMNO Ketepikan Perkasa

Aku yang tak waras mase bace berita ni ke, penulis yang tak waras ke Nazri yang tak waras???

July 13, 2010
 
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa sambil Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,” kata  Nazri.
The Malaysian Insider

No comments: