Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 2 June 2010

Pakatan Cabar Najib Sertai Perarakan Anti Israel

Oleh Faizal Ezzany

PETALING JAYA 1 Jun - Pakatan Rakyat hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan yang telah dilakukan oleh rejinm Zionis Israel ke atas kapal bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza serta mencabar Perdana Menteri menyertai perarakan anti-Israel yang akan diadakan selepas solat Jumaat ini.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di sini petang tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan rejim itu sebagai melanggar sifat kemanusiaan kerana mereka yang berada di atas kapal tersebut tidak mempunyai sebarang senjata dan kapal tersebut berada di perairan antarabangasa ketika diserang.

"Selain itu juga Pakatan Rakyat mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen pada Jumaat ini dan selewat-lewatnya Ahad depan.

"Pakatan Rakyat juga mencadangkan supaya satu sidang bersama untuk semua parti politik diadakan di Kampung Baru Kuala Lumpur pada jam 11 pagi hari Jumaat. Ini umpama sebagai sidang meja bulat bagi menunjukkan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik dalam membantah tindakkan kejam Israel.

"Selepas sembahyang Jumaat, kita akan mengadakan perarakan ke Kedutaan Amerika dan meyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh Israel," jelasnya.Anwar juga turut memberitahu atas dasar pendirian Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, beliau mendesak agar Najib turut menyertai perarakan tersebut kerana kepimpinan negara Islam perlu tegas dalam hal tersebut.

"Saya mencabar agar Najib juga turut serta dalam perarakan tersebut kerana kita mahu pendirian beliau sebagai Perdana Menteri, sebagai pemerintah di negara Islam kita perlu tegas dengan sikap zalim Israel yang tidak berperikemanusiaan.

"Najib perlu bersama dengan rakyat tanpa mengira faham politik dan kedudukan dalam menunjukkan kita tidak terima tindakan kejam itu," katanya lagi.
Suara Keadilan

No comments: