Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 24 June 2010

Judi Bawa Kecelakaan

Apa perasaan orang2 MELAYU UMNO yang kononnya ISLAM baca artikel ini?
Kalau aku la... malu beb, takde nak kua belai2 kucing de...wakaka

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).

“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.

“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi  boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.

“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.
Harakahdaily

1 comment:

Anonymous said...

masaalahnya..judi semakin menjadi2 di Selangor...dulu masa pemerintahan BN PUB tutup pukol 2.00 pg..hr nie dilanjut sehingga 4.00 pg...pusat judi dan rumah urut bertambah2 di Selangor..PAS kata hormat kat Ronnie Liew (DAP), tak boleh bantah..begitu juga di PP..bg org melayu terang2 duit judi..apa pemimpin parti Islam PAS komen..islam rosak kerana PAS..entah sy dah keliru pd PAS..sendiri cakap sendiri buat..PAS cakap saja perjuang Islam sebaliknya utk menang pilihanraya..tak ikhlas..harap bala Allah beri pada parti PAS nie