Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 10 June 2010

Anwar: Kalau Gugur MP, Saya Pusing Satu Negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ejen Israel kini memusuhinya disebabkan sokongannya terhadap Hamas - sebuah gerakan pembebasan Islam - di wilayah bergolak Gaza di Palestin.


Anwar berkata sebuah organisasi Yahudi sedunia kini giat melobi supaya negara Israel memutuskan hubungan dengannya.

"Badan Yahudi sedunia kata Anwar Ibrahim merupakan seorang musuh Yahudi utama, maka orang Israel mesti putuskan hubungan dengan dia," katanya.

Pada 3 Jun lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith International mengisytiharkan Anwar sebagai ancaman kepada kaum Yahudi.

Berucap dalam ceramah 'Yahudi & Judi' di Selayang malam tadi, Anwar mengaitkan keganasan Yahudi dengan pengaruh Amerika Syarikat (AS).

"Is
rael tidak akan menjadi ganas dan zalim tanpa dokongan AS. Saya tidak ada masalah kalau berbaik dengan AS tetapi jangan tunduk dengan AS.

"Bila Israel tidak iktiraf (Hamas), AS pun tidak iktiraf. Bila AS tidak iktiraf, Umno pun tidak iktiraf," katanya disambut dengan gelak ketawa daripada hampir 2,000 orang yang hadir.

Terus kaitkan 1Malaysia dan One Israel
Seperti juga dalam siri ceramahnya sebelum ini, Anwar terus mengulangi Umno yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar Apco Worldwide RM77 juta setahun.
Ketika berdepan dengan Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen, Anwar terus mendakwa telah mengemukakan 'bukti' berhubung dakwaannya yang mengaitkan slogan 1Malaysia dengan One Israel.

Jelasnya, bukti tersebut merupakan perjanjian yang dimaterai antara negara Israel dengan firma perundingan Apco Worldwide pada "tahun 1991 (atau) 1992" serta perjanjian sama yang ditandatangani Malaysia dengan firma yang sama pada 2009.

"Pada t
ahun 1999 perdana menteri Israel lancarkan One Israel, pada 2009 pula Najib lancarkan 1Malaysia," katanya lagi.

Tambahnya, pegawai yang menguruskan Apco itu pernah bertugas di badan perisikan Israel yang berpengkalan di AS.

Katanya lagi, beliau tidak gentar sekiranya digugurkan daripada menganggotai Parlimen, berikutan pendedahannya itu.

"Kalau saya digugurkan selama enam bulan, saya selama enam bulan akan jelajah seluruh negara," katanya.

No comments: