Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 3 June 2010

48 Jam untuk Najib Adakan Sidang khas serangan Israel



Sangat kecewa terhadap PM yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan oleh regim Israel pada tengah malam semalam.

Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang menganggap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut regim Israel.

Kelembapan PM dilihat seperti menunggu apa nasihat dari APCO untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja APCO yang diamanah oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan regim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel.

Perbuatan kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika/zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia, dengan ini menuntut kerajaan Malaysia menunaikan tuntutan berikut.

1.Memberi tempoh 48 jam untuk PM segera memanggil sidang khas Parlimen untuk membincang isu serangan tersebut.

2.Dalam tempoh 48 jam Kerajaan juga hendaklah membentang pelan menyelamat rakyat Malaysia yang sedang ditahan olih pihak berkuasa Israel pada sidang khas Parlimen.

3.Dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel/Amerika.

4.Menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan negara haram Israel.


Dato' Mahfuz Omar,
Ahli Parlimen Pokok Sena,
Naib Presiden PAS.

No comments: