Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Tuesday, 18 May 2010

You Help Me, I Help You, SPR Diberi Tempoh Seminggu



Oleh Dzulkarnain Taib
SIBU 18 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memberi tempoh sehingga Isnin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menawarkan rasuah kepada penduduk Sibu semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

Kegagalan berbuat demikian, pihak DAP kata Karpal akan membuat laporan polis terhadap Najib di Sibu.
Semalam Pengerusi Kebangsaan DAP itu mendakwa Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada PRK Sibu semasa berkempen pada satu majlis di Rejang Park Sabtu lalu.
Akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times memetik kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib kepada kira-kira 1,000 penduduk rejang Park.

Dalam ucapan beliau, Najib dikatakan menjanjikan RM5 juta bantuan kerajaan pusat untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang PRK Sibu.

"Ini adalah perlakuan amat serius yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri bukannya rakyat biasa.
"Saya beri tempoh satu minggu sehingga isnin depan untuk SPR mendakwa Najib. Sebenarnya SPR sepatutnya bertindak serta merta terhadap Perdana Menteri," kata karpal ketika dihubungi Suara Keadilan.

Karpal berkata Najib boleh didakwa Seksyen 10 (1)(B) dan Seksyen 11 di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa denda RM2,000 dan penjara tidak kurang daripada dua tahun.

No comments: