Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 28 May 2010

Siapa Kata Anwar Yang Memulakan Idea Lompat?

Lompat katak telah berlaku sejak dari dulu lagi, bermula dengan PAS mengalami ramai dari pemimpinnya yang keluar parti. Antara lain, yang dipertuanya Asri Muda, setiausaha agungnya Othman Abdullah dan kemudian naib yang dipertua Nakhaie Ahmad, meninggalkan PAS. UMNO dengan gembira mengistiharkan PAS akan gulung tikar, Apa yang berlaku? PAS menjadi bertambah kuat.

Begitu juga DAP. mula2 melompat Goh Hock Guan, yang merupakan setiausaha agung, kemudian diturutti pula oleh Richard Ho timbalan pengerusi dan agak lama selepas itu Lee Lam Thye, seorang pemimpin MCA segera mengumumkan DAP akan berkubur, seperti kita lihat DAP menjadi bertambah kuat, yang berpecah belah dan hendak berkubur sekarang ialah MCA.

Senator Dr Syed Husin

No comments: