Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Sunday, 23 May 2010

Kongres Nasional Ke-6 2009 Parti Keadilan Rakyat

Saudara-saudari Editor, Wartawan, Jurugambar dan Blogger,

KONGRES NASIONAL KE-ENAM 2009 PARTI KEADILAN RAKYAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kongres Nasional Ke-Enam 2009 Parti Keadilan Rakyat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29 & 30 Mei 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa : 9:00 pagi hingga 6:30 petang (sila rujuk kepada aturcara yang dilampirkan)
Tempat : Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan (peta lokasi dilampirkan untuk rujukan anda)
Agenda : (sila rujuk kepada aturcara yang dilampirkan)

Sila maklum bahawa pendaftaran bagi media bermula pada 7:00 pagi pada 29 Mei 2010 (Sabtu) di Kelantan Trade Center. Pihak media boleh membuat liputan untuk seluruh persidangan. Salinan aturcara Kongres disertakan untuk rujukan anda.

Satu sidang media akan diadakan pada 12:45 tengahari hari Sabtu di tempat kongres semasa rehat tengahari, dan satu lagi sidang media akan diadakan selepas persidangan Kongres tamat pada 5 petang hari Ahad.
Sila sahkan kehadiran anda di Kongres Nasional KEADILAN tersebut melalui emel pada atau sebelum 10:00 pagi, 25 Mei 2010 (Selasa).

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan, silalah berhubung dengan Sdri Shahidah di talian 012-915 9170 atau Sdr Jonson Chong di 012-296 1276.

Kami berharap saudara/saudari atau wakil saudara/saudari dapat hadir untuk meliputi Kongres Nasional Khas Parti kami.
Sekian, terima kasih.

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Aturcara – Hari I (Khamis 27 Mei 2010)
5:00 pm – 8:30 pm Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati (Ruang Pendaftaran, KTC)
8:45 pm Perwakilan mengambil tempat (Dewan Persidangan KTC)       
9:00 pm Ketibaan Timbalan Presiden disambut oleh Pimpinan Wanita & AMK (Pintu Utama, KTC)
9.30 pm – 10:30 pm Ucapan Perasmian (Dewan Persidangan KTC)
Aturcara – Hari 2 (Jumaat 28 Mei 2010)
9:00 am – 6:30 pm Persidangan Kongres Wanita & AMK (Dewan Persidangan KTC)
8:00 pm – 10:00 pm Taklimat Pemilihan 2010 untuk S/U Cabang (Bilik Mesyuarat 20I, KTC)
Aturcara – Hari 3 (Sabtu 29 Mei 2010)
7:00 am – 9:00 am Pendaftaran Perwakilan & Pemerhati serta Minum Pagi (Aras Besmen I, KTC)
8:20 am Ketibaan Ahli-ahli MPP (Pintu Utama, KTC)
8:55 am  Ketibaan Ketua Umum & Presiden (Pintu Utama, KTC)
9:00 am – 11:00 am Majlis Perasmian Kongres 2009
  • Persembahan Dikir Barat
  • Lagu Negaraku
  • Lagu Rasmi Parti
  • Kata Aluan Pengerusi Majlis
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Dasar Presiden & Perasmian
(Dewan Persidangan, KTC)
11:00 am Persembahan Video ‘2 Tahun Berlalu’ oleh TV Selangor
11:10 am – 12:45 pm Ucapan Pemimpin Pelbagai Kaum (Dewan Persidangan KTC)
12:45 pm – 2:00 pm Makan Tengahari & Solat Zohor (Ruang Jamuan)
2:00 pm – 2:30 pm Persidangan dimulakan – sesi membentang & melulus:
  • Minit Kongres 2008
  • Minit Kongres Khas 2009
  • Laporan Tahunan 2008
  • Penyata Kewangan 2008
(Dewan Persidangan KTC)
2:35 pm Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden (Dewan Persidangan KTC)
4:15 pm – 4:45 pm Jamuan Teh & Solat Asar (Ruang Jamuan)
4:45 pm Sambungan Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden (Dewan Persidangan KTC)
6:30 pm Persidangan Ditangguh (Dewan Persidangan)
6:30 pm – 8:30 pm Rehat & Solat Maghrib
8:45 pm Ceramah Perdana Pimpinan Pakatan
  • Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  • Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
  • Lim Guan Eng
(Padang Perdana, Kota Bharu)
Aturcara – Hari 4 (Ahad 30 Mei 2010)          
7:30 am – 9:00 am Minum Pagi (Ruang Jamuan)
9:00 am Sambungan Persidangan – Perbahasan Usul-usul (Dewan Persidangan KTC)
12:45 pm – 2:00 pm Makan Tengahari & Solat Zohor (Ruang Jamuan)
2:00 pm – 5:00 pm Penggulungan dan Ucapan Penangguhan Ucapan Amanat Ketua Umum
(Dewan Persidangan KTC)
5:00 pm Persidangan Ditangguh
5:15 pm Jamuan Teh (Ruang Jamuan)

No comments: