Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 21 May 2010

Hukum Kahwin Jika Ditangkap Khalwat, Adakah Cukup Sekadar Itu?

Baru2 ni aku dapat tahu yang seorang rakan yang umurnya baru nak masuk 18tahun dihukum kawin julai ini kerana ditangkap khalwat, adakah cukup hanya sekadar menjatuhkan hukuman kahwin?

Berdasarkan statistik perceraian pasangan islam pada 1999 hingga 2004 adalah 69,000 tidak mustahil untuk katakan 70% daripadanya adalah pasangan dibawah umur 30tahun, adakah kerajaan tidak memandang serius kes ini? tidakkah kerajaan 1Malaysia memikirkan cara untuk mengangani masaalah ini?

Aku lihat jalan yang  paling sesuai adalah dengan mengadakan sesi kaunseling oleh jabatan agama islam bagi setiap pasangan yang ditangkap khalwat setiap 6bulan, dan pasangan biasa setiap 12bulan, mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kadar perceraiaan di negara ini.

No comments: