Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Tuesday, 23 February 2010

Cerita Ayam...

Suatu pagi tuan kepada hampir 100 ekor ayam membawa sebakul makanan (dedak, jagung, nasi), dia memanggil ayam2nya... kuur2.

Maka datanglah ayam2nya berkejaran kepada tuannya itu, tapi seekor ada seekor ayam yang paling pantas datang dan terus mematuk makanan yang disediakan oleh tuannya, selepas saja mematuk makanan tadi, ayam tu terus lari... yang peliknya ayam2 yang banyak tadi berlari juga mengejar ayam yang lari membawa makanan yang hanya sedikit sahaja ada pada paruhnya.

Hanya 2-3 ekor ayam yang mematuk dengan slumbernya makanan dalam bakul itu, yang menghairankan tuannya, ayam yang banyak itu tidak mahu pergi pada bakul yang penuh dengan makanan tadi, tapi mereka hanya berminat pada makanan yang hanya ada sedikit yang ada pada ayam yang seekor tadi.

"Anda faham dengan maksud cerita ayam ini?"

Moralnya disini adalah... jangan berhasat dengki seperti ayam2 tadi, sebab ramai dikalangan manusia zaman sekarang adalah sama seperti ayam2 tadi, mereka suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan mereka sahaja, tanpa memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya.

-Sheri Din-

No comments: