Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 3 December 2009

Penjajah


Kalau di zaman dahulu penjajah datang dengan senjata untuk merampas mana2 negara dari tuannya mengunakkan kekerasan, tetapi dizaman moden sekarang, penjajah tidak perlu lagi menjajah mengunakkan senjata atau meriam, tetapi mereka hanya perlu bawa BON atau DUIT.

Tengoklah apa yang terjadi pada iskandar johor, senang2 singapore membeli tender disana, pada maksud sebenarnya mereka berjaya menjajah malaysia dengan hanya mengunakkan duit.

Dan sekarang syarikat dari kerajaan negara korea giat mencari beratus ekar tanah sawit untuk mereka membangunkan biodiesel dan mereka juga mecari beratus ekar lagi untuk menanam jagung untuk minyak negara mereka, tanah di negara mereka tidak sesuai untuk tanaman seperti diatas, jadi mereka mencari tanah dari negara yang sesuai dan tanahnya murah.

Apa akan jadi kalau banyak negara membeli tanah di negara ini? dimana pula syarikat2 tempatan hendak membangunkan perniagaan mereka?

No comments: