Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 9 December 2009

Lagi Imam Masjidilharam Ditangkap Kerana Berdoa Untuk Para Pejuang Islam


Kalau 1422 Hijrah imam Masjidilharam, Sheikh Muhammad Al Mohaisany ditangkap kerana berdoa untuk para pejuang islam yang mempertahankan negara dan bangsa mereka dari Yahudi dan Kristian selepas solat terawih.



Berita yang terbaru dari Blog Pas Cawangan Bukit Sentosa 2 mengatakan yang Shiekh Adil Al Kalbani Imam Masjidilharam ditangkap lagi kerana perkara yang sama seperti kes penangkapan Shiekh Muhammad Al Mohaisany.

Negara2 arab sekarang kebanyakkannya semua tidak boleh pakai lagi, sama seperti kes Palestin, dari apa yang diceritakan oleh Prof Dr Shiekh Salim Salamah ahli parlimen hamas, datang ke malaysia semalam untuk mengutip derma dan berceramah tentang apa yang sebenarnya berlaku di sana, negara jiran Palestin seperti Jordan dan Mesir tidak membenarkan negara mereka digunakan sebagai laluan untuk menghantar bantuan ke Palestin.

Negara yang mengaku negara islam tetapi malang sekali, ISLAM hanya pada nama, jiran dalam kesusahan tidak dibantu, malah mereka bersekongkol pula dengan Yahudi!.

Mesir membantu Yahudi dengan membekalkan simen pada yahudi untuk bangunkan tembok pemisah, memang benarlah apa yang dikata, tanda2 kiamat semakin banyak, Masjid Al Aqsa sudah ditawan oleh Yahudi, dinding Masjid kiblat pertama kita telah retak, lantainya juga telah ada yang roboh, semoga Allah bersama perjuang2 disana. AMIN

No comments: