Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Monday, 28 December 2009

Apa Itu Perlembagaan Persukutuan?


Artikel 4 perlembagaan persukutuan menyebut bahawa perlembagaan persukutuan adalah undang2 utama negara ini. Sekiranya terdapat mana2 undang2 yang bertentangan dengan perlembagaan persukutuan, undang2 itu adalah tidak sah/terbatal.

Adakah hak berhimpun terdapat dalam perlembagaan persukutuan?
Ya, artikel 10 perlembagaan persukutuan memperuntukkan bahawa sesuatu perhimpunan adalah dibenarkan, selagi ianya adalah aman dan tidak bersenjata.

Kalau nak berhimpun , memang kena minta permit dari polis ke?
Dalam perlembagaan persukutuan  tak sebut apa2 pasal kena minta izin polis. Tapi dalam seksyen 27(2) akta polis 1967 ada sebutlah. Sesiapa (sama ada sebuah organisasi, atau individu lebih dari 3 orang) nak buat demo, kena minta permit daripada polis di daerah mana perhimpunan akan diadakan.
Kalau perhimpunan tidak 'menganggu keselamatan dan keamanan negara', ia akan dibenarkan, TAPI, seksyen yang sama juga menyebut, polis tersebut boleh, pada bila2 masa saja, atas apa2 sebab saja batal permit yang telah diberikantu!

Apakah undang2 yang selalu digunakan untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun?
(1)Seksyen 141 kanun keseksaan: Perhimpunan lebih dari 5 orang dengan niat untuk melanggar undang2/melakukan kekerasan jenayah terhadap kerajaan atau orang kerajaan, atau khianat, atau pencerobohan jenayah, adalah satu perbuatan jenayah.
(2)Lebih teruk lagi seksyen 27(5) akta polis yang 'mengurangkan' bilangan dari 5 ke 3 orang, atas alasan keselamatan dan keamanan negara.

Habis kalau tak bawa senjata/berjalan secara aman macam yang di dalam perlembagaan persukutuan takpe kan?
Payah nak cakap lah, sebab polis ada budi bicara yang luas untuk tentukan sama ada perhimpunan tu 'menganggu keselamatan dan keamanan awam' ikut suka bos dia.
Tapi selagi anda mematuhi ARTIKEL 10 perlembagaan persukutuan tadi, iaitu tidak membawa senjata dan berhimpun secara aman, anda tidak salah malah hak anda terjamin.

-Dari meja loyar, Puspa Ros-

No comments: