Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 19 November 2009

TGNA Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia



The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.


Wednesday, 18 November 2009

Misteri Highway Kuala Pilah


Menurut cerita penduduk berdekatan, highway baru tersebut telah memakan 2 orang pekerja binaan jalan tersebut, maksud memakan bukan mati tapi 2 orang telah hilang semasa kerja2 membuat jalan tersebut giat dijalankan.

Untuk pengetahuan semua, tempat tersebut memang perkampungan bunian, dan orang bunian yang hendak mengambil aku dulu pun dari kawasan berdekatan.

Mungkin ada yang tidak kena dengan 2 orang yang hilang tersebut, mungkin mereka telah menganggu kawasan orang bunian itu atau orang bunian itu yang tertarik pada mereka.

Pada sesiapa yang mengunakkan jalan tersebut berhati2 lah..., ini bukan cerita dongeng tapi kisah benar!!!

Sunday, 15 November 2009

Bekam Lintah


Sedang aku termenung tiba2 aku terfikir tentang bekam lintah, adakah bekam lintah selamat dari virus dan bakteria?

Virus yang aku maksudkan adalah HIV, kalau bekam biasa mereka menggunakkan pisau pakai buang dan bekas yang digunakkan akan dicuci menggunakkan bahan antiseptik, tapi kalau bekam lintah? adakah lintah boleh menyahtoksik virus2 yang masuk?

Sesiapa yang terbaca artikel ini, yang lebih arif tentang dunia perubatan moden dan tradisional sila2 la berikan komen anda, sekurang2nya ramai yang dapat ilmu melaluinya.


Saturday, 14 November 2009

Dimanakah Mufti?


Aku rasa tajuk ni sangat sesuai dengan isu yang aku nak bangkitkan.

Sejak bertahun2 dulu aku terfikir, dimanakah mufti disaat tumbuhnya sarang2 maksiat seperti SPA2 homo yang terdapat di KL, Penang, Melaka dan juga JB.

Sarang2 maksiat yang aku katakan tadi bukan baru tapi dah bertahun2 wujudnya dan sekarang tumbuh bagaikan cendawan.

Di KL saja hampir 10 SPA homo yang ada, rumah2 urut dan juga disko jangan cakap la... sampai tak terkira banyaknya.... so di mana ketua agama? di mana Mufti?

Pelik sungguh!


Monday, 9 November 2009



PETALING JAYA: Isu berceramah tanpa tauliah yang dilemparkan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul.
Ini adalah kerana,JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 jika mereka mahu berbuat demikian.

Setelah meneliti salinan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang ditunjukkan kepada mStar Online, jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanya satu alasan.



Tuesday, 3 November 2009

Penangkapan Dr Asri


Kesimpulan yang aku boleh buat dari penangkapan Dr Asri, sebenarnya 'mereka2' ni takut yang Dr Asri akan buat ceramah politik sebab yang menganjurkan program tu adalah pembangkang,

Najib : Itu kerajaan neheri selangor saya tak masuk campur...lepas tangan...

Pengarah Jais : Dah bertahun2 kami mengintip kegiatan Dr Asri?? setahu aku Dr Asri baru je berhenti jadi mufti.

Yang paling kelakar 'Anjing2' yang datang nak tangkap Dr Asri sampai 25 'orang?' pelik2...


Sunday, 1 November 2009

Siapakah Pemilik 'NAJ16'?


Laungan belilah barangan buatan malaysia tidak boleh dipakai kerana pemimpin yang melaungan slogan itu sendiri tidak menggunakkannya...

Follow The Leaders??