Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Saturday, 31 October 2009

Artis Yang Sombong?


Disini aku bukan nak buka keburukkan dia tapi aku nak dia sendiri baca artikel ini supaya dia sedar diri.

Aku agak terkilan dengan artis ni sebab dari luaran nampak baik alim, tapi bila jumpa dia terlalu sombong! macam dia tu alim.... artis ni perempuan ada 3 orang anak, anak yang last lelaki hampir 1 tahun.

Sebagai artis dia kena sedar ramai yang akan menilai dia jangan ingat dia dah 'berubah' orang akan anggap dia berubah segalanya, memang aku akui yang dia cantik tapi tak secantik Elly Suriati, Elly walaupun dalam lakonannya dia selalu membawa watak jahat tapi dia terlalu baik diluar berbanding artis yang sorang ni yang beperwatakan baik dikaca tv tapi diluar jauh berbeza dengan dengan dirinya dikaca tv.


Sunday, 18 October 2009





Percaya atau tidak air mineral ini rasanya seakan2 "Air Kelapa Muda"?
Memang benar apa yang kawan aku pernah cakap dulu, ada air mineral yang rasanya seperti air kelapa muda, kalau anda tak percaya anda harus mencuba air mineral jenama ini! 


Friday, 16 October 2009

Pemimpin Pakatan Bersama Yassin(Brothers)

Happy Diwali





Kepada semua penganut agama hindu aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru. 


Anwar Sebagai PM, UMNO Tiada Hak!


KOTA BHARU, 15 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata Pemuda Umno tidak ada hak untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan berada dalam parti itu.

 

Thursday, 15 October 2009

Berani Ke Malaysia Yang 'Kaya' Dengan Pemimpin KAYA Buat Macam Ni?

1 Malaysia??

Semakin Kaya Dan Berpangkat, Ramai Manusia semikin BODOH!



Sejak bila la pulak ulama by parti?
Aku rasa anak Naina Marican ni belajar jauh lebih tinggi dari aku, tapi semakin tinggi dia belajar dia semakin 'bodoh' disebabkan DUIT dan PANGKAT! 

Berita Penuh



Monday, 5 October 2009

Rakyat Didahulukan Ron97 Dinaikkan, Harini Rokok Pula Dinaikkan



Najib Altantunya... bile la ko nak sedar diri... kerusi yang ko duduk tu pilihan rakyat..., mana janji 1Malaysia ko? tang mana rakyat didahulukan?

Kenapa ko takut nak keluarkan berita harga rokok naik dalam media2 cetak versi BM/BI? yang aku perasan keluar dalam chinese paper Oriental Daily 2-3minggi lepas,  banyak sangat lubang yang ko dah korek, hanya tunggu masa nak dikuburkan ko dengan parti ko dengan parti2 komponen ko!


Saturday, 3 October 2009

Helah Menculik Kanak-Kanak


From:azymie

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.
Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Thank you, 

 

Pengakuan Pegawai Tentera


Abang aku 2 orang pegawai tentera sejak berkhidmat belasan tahun dulu dia tak pernah lihat dan tak tahu bagaimana rupanya kertas undi, ada hantu yang undikan untuk semua pegawai2 dan anggota2 tentera katanya.

Arwah ayah aku setelah 2 penggal pilihanraya baru namanya dikeluarkan dari senarai pengundi.

Kononya tiada siapa yang above law, tapi sebenarnya orang2 yang bercakap tetang itulah yang menghancurkan sistem undung2 negara.


Rasul Melayu Taubat Nasuha



SHAH ALAM-2Oktober-Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai “Rasul Melayu” hari ini membuat pengakuan taubat nasuha di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Abdul Kahar turut menyeru individu yang terpengaruh dengan ajaran sesatnya supaya bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, dia turut memohon maaf kepada semua umat Islam serta pihak berkuasa kerana mencetuskan provokasi, kekeliruan serta fitnah terhadap Islam.
Dia yang menulis dan menandatangani pengakuan tersebut turut mengekalkan pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam serta pihak berkuasa dan memuat dakwaan palsu.


7 Fakta Bagan Pinang