Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Friday, 11 September 2009

Inikah Keadaan Rakyat Di Parlimen PM 1Malaysia?



MOHAMAD di hadapan pondok usang yang didiaminya di pinggir Sungai
Pahang, Kampung Peramu, Pekan semalam.



PEKAN - Ramadan bagi seorang warga emas, Mohamad Hassan, 62, mungkin sama sahaja seperti hari-hari biasa kerana sudah terbiasa dengan menahan lapar dan dahaga.
Malah, setiap hari, tiada sebarang sajian istimewa untuk dijadikan juadah berbuka dan jauh sekali untuk dia membuat persiapan bagi detik kegembiraan Syawal seperti insan lain yang lebih bertuah.
Kesulitan hidup yang dialami Mohamad yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) bukan satu episod yang pendek kerana lelaki tua yang tinggal di sebuah pondok di pinggir Sungai Pahang dekat Kampung Peramu di sini, sebenarnya telah menjalani kehidupan serba kekurangan sejak lebih 20 tahun lalu.
Apabila azan Maghrib setiap Ramadan, sudah menjadi kelaziman kepada dia untuk berbuka puasa hanya dengan seteguk air masak sekiranya tiada makanan untuk dijamah.
Juadah berbuka dengan nasi berlauk ayam atau daging mungkin satu hidangan impian kepada dia kerana jika dapat makan nasi sekali pun, ia tidak lebih sekadar berlauk ikan yang ditangkap sendiri atau pemberian orang ramai.
Inikah hasilnya di mengundi PM 1Malaysia??? bertahun2 menjadi ahli parlimen pekan, penah juga menyandang jawatan MB Pahang... "Rakyat Didahulukan????" najib2... tak habis2 ko nak malukan diri sendiri.

No comments: