Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Tuesday, 15 September 2009

5 Tahanan ISA Dibebaskan??


PUTRAJAYA, 15 Sept :- Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kesemuanya anggota Jemaah Islamiah Malaysia, dibebaskan petang Selasa setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mereka ialah Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Md Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md Hanapiah, seperti satu berita yang disiarkan oleh Bernama hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dengan pembebasan itu, kini tinggal sembilan lagi tahanan ISA terdiri empat rakyat Malaysia dan masing-masing seorang warga Bangladesh, Pakistan, Thailand, Singapura dan Indonesia.
 
"Pembebasan mereka hari ini untuk memberi mereka peluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang," katanya kepada pemberita.

Hishammuddin berkata pembebasan kesemua tahanan itu adalah kerana mereka telah menunjukkan respon pemulihan positif sepanjang tempoh pemulihan dan tidak lagi dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Berjaya ke taktik ni nak tarik undi Bagan Pinang??

No comments: