Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Saturday, 29 August 2009

Menyelar Tindakkan Dr Hassan Ali

Pada 2-3 hari yang lalu aku terbaca satu artikel dari akhbar sinar harian berkenaan Dato Dr Hassan Ali Exco hal ehwal agama, adat2 melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selangor dengan keputusan yang dibuat berkenaan bir atau minuman keras.

Mana-mana orang islam yang minum apa-apa minuman yang memudaratkan atau melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Mana-mana orang islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 5ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Memang aku tidak nafikan yang tindakkan Dr Hassan itu bagus kerna ingin mengurangkan masaalah sosial di negeri selangor, tapi bila di fikir lebih detail penguatkuasaan ini menyulitkan rakyat.

Kenapa?

Boleh dikatakan 99% pekerjaan yang ada di dalam negara atau negeri selangor adalah bersangkutan dengan minuman keras, contohnya rangkaian kedai serbaneka 7 Eleven, Tesco, Jusco, Giant, Carrefour, Kastam, Rangkaian2 hotel, sektor2 kerajaan dan yang paling utama sekali tidakkah Dr Hassan terfikir yang gaji beliau juga bersangkutan dengan cukai2 dari arak??

Tidakkah ini menyulitkan rakyat negeri selangor yang majoritinya beragama islam untuk mendapatkan atau menukar pekerjaan?

Aku yakin rakyat negeri selangor gembira dengan tindakkan kerajaan negeri untuk mengurangkan masaalah sosial tetapi penguatkuasaan itu perlu dikaji semula.

Belajar dari kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

1 comment:

FATHI IKRAM said...

Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk menjauhkan rakyatnya dari melakukan dan terlibat denga aktiviti dosa.

Jika memang berjerja di 7E itu berdosa, maka sesuatu perlu dilakukan.

Hassan Ali ada keluarkan kenyataan terbaru, sila rujuk dahulu sebelum mmbelasahnya