Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Saturday, 29 August 2009

Konspirasi Selsema Babi Terbongkar!

   
Perang Konspirasi,  Rancangan Rahsia Dajjal,  Teknologi Akhir Zaman
 

 
Siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.


Pada 25 Jun 2009 lepas,
Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara   langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus SwineFlu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah),   penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah   dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.
Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang
   boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang   penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi
Tidak ramai mahu melihat isu Swine Fludari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik faktakonspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda
   permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma
   ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.



 
(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller
Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.


Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahanpenyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan
   rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejalaswine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?


Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan diUniversiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia
   mengetahui David Rockefeller   adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada
mesyuarat Kelab Bilderberg   yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.


Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah
   mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk   menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis USNavy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk
   membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usaha
   sama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi
Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?


Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada  1 Oktober 2008;

 
“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”
 
Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah matikerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika   menyebarkan Selsema Babi ini?


Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.



(Kiri) Franklin Roosevelt, Presiden Amerika  1933-1945 (Tengah) David Icke, Penyiasat Konspirasi. (Kanan) Richard Nixon, Presiden Amerika 1969-1974.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

    * Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
    * Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
    * 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

    “Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”
 
Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)
May 5th, 2009 · 8 Comments · Perang Konspirasi, Teori Konspirasi

oleh Ibnuyaacob

flu

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

    “I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

    “I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.



(Kiri) Giora Eiland (Kanan) Uzi Arad

Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

(Gambar) David Ben Gurion

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

(Kiri) Logo IIBR (Kanan) Bangunan IIBR di Ness Ziona, Israel.

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

    “Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.


http://ibnuyaacob.com

 

Menyelar Tindakkan Dr Hassan Ali

Pada 2-3 hari yang lalu aku terbaca satu artikel dari akhbar sinar harian berkenaan Dato Dr Hassan Ali Exco hal ehwal agama, adat2 melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selangor dengan keputusan yang dibuat berkenaan bir atau minuman keras.

Mana-mana orang islam yang minum apa-apa minuman yang memudaratkan atau melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Mana-mana orang islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 5ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.

Memang aku tidak nafikan yang tindakkan Dr Hassan itu bagus kerna ingin mengurangkan masaalah sosial di negeri selangor, tapi bila di fikir lebih detail penguatkuasaan ini menyulitkan rakyat.

Kenapa?

Boleh dikatakan 99% pekerjaan yang ada di dalam negara atau negeri selangor adalah bersangkutan dengan minuman keras, contohnya rangkaian kedai serbaneka 7 Eleven, Tesco, Jusco, Giant, Carrefour, Kastam, Rangkaian2 hotel, sektor2 kerajaan dan yang paling utama sekali tidakkah Dr Hassan terfikir yang gaji beliau juga bersangkutan dengan cukai2 dari arak??

Tidakkah ini menyulitkan rakyat negeri selangor yang majoritinya beragama islam untuk mendapatkan atau menukar pekerjaan?

Aku yakin rakyat negeri selangor gembira dengan tindakkan kerajaan negeri untuk mengurangkan masaalah sosial tetapi penguatkuasaan itu perlu dikaji semula.

Belajar dari kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Friday, 28 August 2009

Makna Tersirat Dalam Tarian Poco-Poco

Saya terbaca satu artikel dari blog YB Titian Serong Perak yang menyatakan, tarian poco2 bukanlah asalnya dari Indonesia tetapi berasal dari Filipina, tarian itu kini menjadi tarian atau senaman rasmi bagi jabatan2 kerajaan.

Sedarkah anda yang tarian itu memerlukan anda bergerak bermula dengan ke kiri dan ke kanan terus ke tengah dan keatas terus kebawah... cuba anda fikirkan gerakan apakah yang memerlukan anda bergerak seperti itu?

Di Filipina tarian ini adalah tarian keagamaan bagi penganut agama KRISTIAN, gerakan2 yang anda lakukan semasa menari poco2 adalah membuat lambang SALIB!

Pelbagai macam cara mereka sampaikan dakyah mereka, kepada peminat poco2, berhentilah lakukan senaman itu sekarang!

Kalau anda tidak percaya cuba anda lakukannya sekarang atau lihat videonya di youtube!




Thursday, 27 August 2009

Sabda Rasulullah saw VS Ramalan Nostradamus



Adakah benar ramalan Nostradamus tentang 2012? bagaimana pula ramalannya tentang Obama?
sila baca artikel ini....

Seorang Ahli Astrologi (Ahli Nujum) Francis abad ke-16 bernama Nostradamus seorang pelajar perubatan yang ditendang dari Universiti, menjadi ahli Nujum setelah beberapa waktu menjadi peniaga.

Walau pun beliau dikenali sebagai penganut Kristian Katolik tetapi ibu bapanya adalah penganut Yahudi yang taat. Maklumat lanjut tentang riwayat hidupnya sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Nostradamus.

Beliau dikenali sebagai seorang peramal yang hebat setelah menjadi panel Bomoh kepada keluarga Diraja Francis malah menjadi perawat Istana. Dari sinilah beliau mula mengembangkan tulisannya dengan pelbagai ramalan. Hingga hari ini ramalannya telah menjadi rujukan utama masyarakat Dunia yang berjiwa kosong. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Google bahawa berjuta hit melanda ke atas laman-laman web yang ada kaitan dengan ramalan-ramalan Nostradamus. Persoalannya benarkah ramalannya terhadap kejadian-kejadian akhir zaman seperti yang didakwa oleh penganut NOSTRADAMUS ini?


Wednesday, 26 August 2009

Kenapa Pejabat Peguam Negara Nak Tekan Jabatan Agama Islam Kerana Hukum Sebat?

Penjara kajang tidak membenarkan hukum sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana menerima tekanan dari pejabat peguam negara.

Mungkin Ghani Patail takut sebab ketuanya kaki minum gak, boleh kata semua ketua2 agama kaki minum, menteri2 pon kaki minum, menantu bekas PM pon kaki minum... macam mana negara nak jalankan hukuman sedangkan yang berada diatas boleh kata semuanya kaki minum.

Yang peliknya Kartika tertangkap sedangkan ramai lagi orang islam yang minum di pusat2 hiburan termasuklah menteri2 yang tak guna tu....siapa?? 2 orang ni je yang boleh... sebab memang dah tersebar luas gambar2 ni.



http://img.photobucket.com/albums/v93/tokjanggut/hishamuddin_anchorbeer.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_GPNap5Wajx0/SRSOhCgRw2I/AAAAAAAADw0/nkcEEpiZdFo/s400/pic_khairy_mabuk11.jpg

Berhati-hati Jika Membeli Barang 'ADY' Di Mudah.my

Aku terdesak beli kasut ni sebab anjing2 bank 'curik' kete aku sekali dengan barang ngan kasut keje aku sekali, so aku terpaksa beli dengan cara mudah sebab kat kedai tak ada plak size yang sesuai untuk aku, bila aku tanya kat mamat ni mase survey kat mudah.my dia kata kasut tu tak penah pakai lagi... tapi bila sampai kasut tu dah ada rosak2 sikit... aku ok lagi... tapi bila dah sekali pakai jadi mcm ni.


ADY yang aku maksudkan berada di puchong, email shahrulwadi@yahoo.com, no telefon dah tak simpan... so kepada sesiapa yang nak beli barang online, pastikan tidak tertipu macam aku kena.

Tuesday, 25 August 2009

N11 Permatang Pasir Keputusan Rasmi

Ust Salleh Man - 9618 Undi
Rohaizat Othman - 5067 Undi

Ini menunjukkan PAS menang dengan majoriti 4551 Undi.
Undi rosak hanya 83Undi, manakala peratusan keluar mengundi hanya 73.1% berbanding pilihanraya umum yang lalu 82.57%.

Zahid Hamidi, Menang 1 undi pon jadilah??? hahaha

Najib Razak ape komen?

TN Guru Muhyiddin Yassin?

Friday, 21 August 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan




Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 berlalu.

Thursday, 20 August 2009

Terjadinya Ayat Di Dinding Bilik Aku

Kepada sesiapa yang terbaca artikel ini sila beri komen anda tentang ayat ini dan apa maksudnya.

Ayat ini tiba2 muncul di penjuru bilik saya, saya tidak pasti bila terjadinya ayat ini, tapi saya baru perasan ayat ini malam semalam.

Yang pasti di dalam rumah ini hanya ada seorang sahaja yang boleh tulis jawi, tapi dia memang tak akan masuk bilik saya ini.

Wednesday, 19 August 2009

Bunyi Dentuman Dari Dasar Bumi

salam...
bacer nie.Semalam siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya........
kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain...Amanah!! Wallahualam...

KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA

Sunday, 16 August 2009

Petua Mencegah Selsema BABI (H1N1)

3 lagi maut akibat 'Babi', setakat hari ini bilangan kematian akibat selsema babi di negara ni meningkat ke 62 orang dan sebanyak 3,857 kes yang dilaporkan hingga hari ini.

Dijangkakan sebanyak 5 juta orang penduduk negara ini akan dijangkiti penyakit itu.

Mengikut kajian kematian akibat selsema babi adalah disebabkan kekuatan Antibodi badan.


Di Malaysia kenapa orang melayu Islam lebih ramai yang mati/dijangkiti selsema babi dari kaum2 lain?
Mungkin ini ujian atau mungkin juga BALA dari Allah swt, wallahu'alam.

Petua Yang Diamal Oleh Orang Luar :

1. Lebihkan BAWANG PUTIH didalam masakan harian anda.
2. Makan EPAL HIJAU sekurang2nya 3 biji sehari.
3. Lebihkan minum air tapis.

Ketiga3 cara itu boleh meningkatkan ketahanan tubuh anda.

Ingat! Cegah sebelum KENA!!
Atau anda ke ALAM yang kekal abadi (mungkin) lebih awal!


Sila sebarkan kepada ahli keluarga dan kawan2 anda petua2 tersebut.

Friday, 14 August 2009

Jenazah Ustaz Asri Selamat Dikebumikan

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.
 Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

 
Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.


 
Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.
Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.


 
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.


 
Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.


 
Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.


 
Yasin antara artis yang hadir.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop
yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.


 
Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.
Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.
Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. - mstar


Thursday, 13 August 2009

Ustaz Asri Rabbani Meninggal

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Sumber : Mstar Online

Monday, 10 August 2009

Hai UMNO Celik Agama! , Bagaimana Undang-Undang Nak Dikuatkuasa Kalau Kamu Lantik Lembaga Pengarah Syarikat Arak Dari Kerabat Raja & Jeneral (B)?





Teman setuju pada kenyataan Cerminlah dulu diri sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam yang menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat berhubung isu arak.
Begitu juga Pimpinan Tertinggi UMNO dan ahli-ahli UMNO yang menyokong UMNO membutatuli serta membabibuta kerana orang-orang UMNO sanggup menjadi ahli lembaga Syarikat Arak demi memberi perlindungan barang yang diharamkan oleh Allah dan Ugama Islam itu.
"Saya menegesyorkan kepada ketua menteri Melaka yang dulu telah di halang untuk bertanding dalam pemilihan umno kerana didapati bersalah atas rasuah politik,mencerminkan dirinya dulu sebelum nak komen orang lain.
Lihatlah fakta di mana Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, (tengah) Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali (kiri) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (kanan) 

Ini satu lagi berita yang sungguh mengejutkan di negara Islam hadhari seperti Malaysia ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sengaja atau pun tidak atau memang sudah tidak dapat dielakkan ternyata berita ini amat memalukan dan tidak wajar berlaku di negara kita yang kononnya sebuah negara Islam. 

Ia berikutan, terdapat laporan dan bukti tentang pembabitan beberapa orang pembesar negara dan kerabat di raja menjadi ahli lembaga sebuah kilang arak terbesar di Malaysia iaitu Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. 
Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar, Manakala tokoh korporat berkenaan pula ialah Jen.(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth (Bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia) dan Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin (Tokoh Koporat dan Pengarah Scomi Berhad).


Sumber dari Pas Cawangan Bukit Sentosa 2

Ramai Orang Tidak Perasan, Berhati2

Oleh : Muhamad Radzi Abu Bakar

HATI-HATI DENGAN DAKYAH PEROSAK AKIDAH ISLAM
Susulan dari website “www.thequran.com” yang nyata bercanggah dengan Islam.
Saya dah masuk dan tengok.... nyata website tersebut dibuat Paderi (father Zakaria) yang sengaja untuk mengelirukan umat islam.
Sila rujuk attachment gambar di bawah :-

Fakta “thequran.com” PENIPU 1
Kan telah dimaklumkan pada kita oleh Nabi Muhammad SAW yg Al-Quran kalam Allah itu lengkap dan tiada cacat celanya.... tapi dalam website thequran.com siap bagi tau quran ada error plak.

Fakta “thequran.com” PENIPU 2
Dah ler dia kata quran ada error.... then siap promote bible plak tu dalam error yg dia highlight.


Fakta “thequran.com” PENIPU 3
Yang ini lagi jelasnya….. Bila check IP siapa sebenarnya thequran.com nie membawa
kpd privacy protection… tapi ada ayat boleh check detail di
www.aboutus.org/thequran.com. Hasilnya….. jeng jeng jeng…. Pecah tembelang.



Hati-hatilah rakan2ku… semoga kita di beri hidayah dan petunjuk dari Allah dalam mengenal kebenaran dan kepalsuan….
DAN yang paling PENTING !! FORWARD kan pada rakan2 seagama supaya mereka juga tidak TERPEDAYA!!!
 

Saturday, 8 August 2009

7 Perkara Selepas Makan

 
Oleh : Tjandra Yustham

* Don't smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher).
Jangan Merokok - Penelitian dari para ahli membuktikan bahwa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 rokok (kemungkinan terserang kanker lebih besar)

* Don't eat fruits immediately - Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1hr before meal.
Jangan langsung makan buah-buahan - Langsung makan buah-buahan setelah makan akan menyebabkan perut dipenuhi dengan udara. Untuk itu makanlah buah-buahan 1-2 jam setelah makan atau 1 jam sebelum makan

* Don't drink tea - Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.
Jangan minum Teh - karena daun teh mengandung kandungan asam yang tinggi. kandungan ini akan menyebabkan kandungan protein pada makanan yang telah kita konsumsi sulit untuk dicerna.
* Don't loosen your belt - Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
Jangan mengendorkan ikat pinggangmu - Mengendorkan ikat pinggang setelah makan akan menyebabkan usus terbelit dan terblokir.

* Don't bathe - Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. This will weaken the digestive system in our stomach.
Jangan Mandi - Mandi akan menaikan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah dara sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan system pencernaan di dalam perut kita.
* Don't walk about - People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.
Jangan Berjalan-jalan - Orang-orang sering mengatakan bahwa berjalan beberapa langkah setelah makan akan memperpanjang umur. Pada kenyataannya hal ini tidaklah benar. Berjalan akan menyebabkan system pencernaan tidak mampu menyerab nutrisi dari makanan yang telah kita makan.


* Don't sleep immediately - The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine.
Jangan langsung tidur - Makanan yang kita makan tidak dapat dicerna secara baik. Hal ini akan menyebabkan usus mengalami kembung dan peradangan.

FINALLY DONT JUST KEEP THIS EMAIL...
PLEASE FORWARD IT TO YOUR FRIENDS. LET THEM BE AWARE!!

Friday, 7 August 2009

Undi Pendapat Anda Tentang ISA

 Do you have a friend who would be interested in this survey? Send this survey to them! 
Apa yang anda mahu dari ISA?
Dimansuhkan
 91%
8,312
Diteruskan dengan semakan
 9%
823
Saya keliru
 0%
33
Total: 9,168 responses


UNDILAH SEKARANG

Kurma Israel




Salam
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!