Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Thursday, 16 April 2009

Oh Malaysia!

Pemerintah Malaysia sekarang semakin ke "arah" pemerintahan KUKU BESI, ini kerana dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang 'MENAFIkan' kuasa speaker DUN.
Malaysia tidak akan aman selagi puak-puak ini memerintah, kerna semuanya mereka boleh BELI.
__________________________________________________________________________________
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

No comments: