Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Wednesday, 29 April 2009

Habbo Game Kurang Ajar!


Saya yakin anda semua pasti tahun akan wujudnya game 'Habbo' ini, permainan online yang boleh dikatakan hangat sekang kerana mereka mewujudkan untuk online dari pc atau boleh download terus ke telefon bimbit.

Yang menjadi persolannya admin game tersebut tidak mengawal pengunjung atau lebih senang dipanggil peserta dalam permainan itu?

Tidakkah mereka tahu wujudnya nama dan logo yang menyentuh sensitiviti umat islam?


Cuba anda zoom ke logo dalam bulatan merah, tidakkah logo dibelakang lambang "peace" itu seakan-akan logo "independent", brand yang pernah popular lebih dari 10 tahun yang lalu?

Perkataan 'ALLAH' digunakkan sewenang-wenangnya, tidakkah seorang pun yang perasan wujudnya perkara yang mengundang bahaya ini?

Fikir-fikirkan lah....

Monday, 27 April 2009

Pandangan Peribadi

Pada pandangan aku pilihanraya kecil N12 DUN Penanti pada 31 Mei akan datang, BN akan mengalami kekalahan teruk berbanding PRU12 yang lalu, ini adalah kerana banyak perkara  yang cuba kerajaan UMNO-BN lakukan kononnya untuk memikat pengundi semula, tapi mereka bodoh! kerna mereka tidak memikirkan kesan jangka panjang semua perkara yang mereka lakukan.

1. Merampas Kerajaan Pakatan Rakyat PERAK.

2. Mengenepikan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan ("Kesahihan mana-mana prosiding dalam dewan legislatif di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah") berhubung isu YB Speaker Negeri Perak.

3. Pembubaran MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

4. Ciplak 'One Malaysia'

5. Isu Agama anak.

6. Dan yang terbaru, kononnya MB HARAM Perak nak pecat? Speaker sebelum sidang dewan 7 Mei?

Itu adalah diantara isu-isu yang terbaru, kalau nak ikutkan terlalu banyak kerajaan korup BN lakukan sejak 50 Tahun mereka memerintah.

Aku lihat sejak kebelakangan ni UMNO terlalu banyak memainkan isu perkauman dan terlalu banyak mereka mencabar kuasa rakyat.

Mereka sudah lupa, mereka boleh bertahan memerintah 50tahun kerana RAKYAT.

Kita sama-sama tunggu dan lihat apa akan jadi pada PRK N12 Penanti, adakah BN akan meletakkan calon yang hampeh! lagi?? dan siapakah calon bagi PKR pula? kita sama-sama tunggu.

Sebelum aku tamatkan entry ni aku nak ucapkan sekalung TAHNIAH buat YB Gobind Singh Deo MP Puchong kerana ambil tindakkan sepatutnya keatas YB Speaker Dewan Negara kerana mengantung khidmat beliau selama 1 tahun tanpa pembelaan, kita lihat pula apa keputusan Mahkamah tentang kes ini, adakah akan jadi seperti kes Speaker Perak?? sama-sama kita tunggu.

Sunday, 26 April 2009

Tragedi Di Sungai Rotan

 
Artikel yang cukup menyayat hati aku kerna setelah 50 tahun, dan setelah Negeri Perak diperintah oleh pembangkang barulah sedikit demi sedikit keburukkan pemerintah LAMA terbongkar!

Saturday, 18 April 2009

Zambry Dan Exco Tidak Boleh Hadiri Sidang DUN


 Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Thursday, 16 April 2009

Penanti


Lagi 60 Hari akan berlaku pilihanraya kecil untuk kerusi DUN N14 Penanti, aku yakin dan pasti UMNO/Barisan Nasional takut untuk berdepan dengan pilihanraya kerana mereka sendiri sudah pasti yang rakyat tidak lagi memilih calon mereka walaupun Tun Dr M turun padang.

Dan aku yakin puak-puak ini akan mennggunakkan cara yang paling kotor untuk memenangkan calon mereka.

Oh Malaysia!

Pemerintah Malaysia sekarang semakin ke "arah" pemerintahan KUKU BESI, ini kerana dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang 'MENAFIkan' kuasa speaker DUN.
Malaysia tidak akan aman selagi puak-puak ini memerintah, kerna semuanya mereka boleh BELI.
__________________________________________________________________________________
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

Thursday, 9 April 2009

Kabinet 'a.k.a' Kroni Najib


Kabinet baru untuk Perdana Menteri DS Najib amat mengejutkan kerana mucul semula kroni-kroni zaman Dr M, yang kalah di PRU-12 pun menjadi menteri dan timbalan menteri, yang kalah dalam pemilihan parti pun menjadi juga, musnahlah impian menantu dollah hadhari untuk menjadi MENTERI.

Yang aku perasan sangat ade la sorang menteri nih dari zaman Dr M sampai sekarang masih ada lagi nama dia dalam kabinet@Kroni.

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PADA 9 APRIL 2009


YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon (ex Ketua Menteri P.Pinang)
- Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
- Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
- Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam

Timbalan –Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)(ex 'BAKAL' MB Kelantan)

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)(Kalah Dengan YB Nurul Izzah)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan

Wednesday, 8 April 2009

Tahniah Buat DS Ir Hj Nizar dan S. Manikumar

Tahniah buat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah yang baru meraih kemenangan semalam, semoga mereka dapat menjalankan kerja dengan bagus dan berkerja bersama rakyat.