Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Saturday, 28 March 2009

KDN Gantung Permit Harakah dan Suara Keadilan



Beberapa hari yang lepas KDN mengambil langkah paling BODOH melalui menterinya Syed Hamid Albar dengan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan.


Dengan suasana politik negara yang makin meruncing tidakkah itu satu keputusan yang BODOH?


Pilihanraya kecil semakin dekat, perhimpunan agung umno masih berjalan, ahli parlimen REMBAU yang menang dengan undi hantu dan dia juga didapati bersalah dalam politik wang oleh lembaga disiplin UMNO dilantik menjadi KETUA PEMUDA umno, manakala BEKAS ahli parlimen LEMBAH PANTAI yang DIMALUkan oleh anak muda yang setahun jagung dalam arena politik pada PRU 12 yang lalu dilantik menjadi KETUA pergerakan WANITA umno, BOLEHkah mereka memperbetulkan umno, sedangkan mereka yang TERUK!?


Adakah rakyat yang masih BERSAMA umno/barisan nasional dengan semua kurop yang mereka buat?


Apabila perasuah diagung-agungkan dan dilantik menjadi ketua....
Apabila PEMBUNUH menjadi ketua...


Belum pun secara rasmi menjadi PM, sudah pun menunjukkan belangnya, lebih teruk lagi dari PM yang lalu.

Thursday, 26 March 2009

PDRM kini guna supercar Evolution X

Ternyata kerajaan malaysia sendiri tidak yakin akan 'Kereta' buatan malaysia, seperti ketuanya yang terlalu hipokrit menyarankan agar rakyat malaysia membeli barangan buatan malaysia tetapi bila keluar di kaca television dia memakai baju berjenama 'FENDI' buatan malaysiakah baju itu???

Bila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan di negeri Selangor membeli toyota Camry untuk dijadikan kereta rasmi kerajaan negeri, berbulan-bulan cerita itu dimainkan di dalam berita, tapi bila kerajaan Sarawak memakai kereta LUAR, semuanya senyap... bila kerajaan Sabah ingin menukar Volvo sebagai kereta rasmi pun senyap.

Kosmo

Sunday, 22 March 2009

5 Tahun Pemergian Syeikh Ahmad Yassin

‘Al-Fatihah ditujukan khas kepada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin’

Sheikh Ahmad Yassin bukanlah seorang yang pahlawan yang mempunyai tubuh yang sasa atau memiliki wajah yang kacak bak hero – hero dalam filem hollywood seperti RAMBO tetapi beliau hanyalah insan biasa yang lumpuh kedua belah kakinya semenjak kecil, ketika tua lumpuhnya hampir menjalar ke seluruh badan.Mata sebelahnya hampir buta dan untuk bergerak terpaksa dibantu dengan kerusi roda.

Namun di sebalik imej fizikal yang ditonjolkan tersebut sebenarnya tersimpan kekuatan dalaman yang cukup kuat. Kekuatan dalaman dalam menentang perjuangan Israel yang cukup kental ini menyebabkannya beliau digeruni oleh pihak kawan dan lawan. Tidak sepadan dengan tubuh lumpuh tetapi jiwanya tidak pernah lumpuh dalam meniup semangat perjuangan JIHAD dalam menentang pencerobohan Zionist Israel di bumi Palestin.

Pada tanggal 22hb Mac 2004 selepas menunaikan solat Subuh. Beliau telah dipilih oleh Allah untuk menjadi syuhadak dalam perjuangan ini. Ketika itu pihak Zionist Israel melancarkan serangan 3 peluru berpandu yang memamah tubuhnya. Begitulah akhirnya seorang pahlawan yang lumpuh, pihak Israel untuk membunuhnya mengerah segenap kekuatan daripada jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apache hanya untuk memastikan perjuangan intifadah umat Islam mati bersama hancurnya tubuh Sheikh Ahamad Yassin.

Bukti di atas menunjukkan bahawa fizikal yang lumpuh bukan penghalang kepada perjuangan Jihad membebaskan Palestin. Tetapi jiwa yang terbangun dengan keimanan yang jitu kepada Allah memberikan kekuatan yang luar biasa dalam meneruskan perjuangan JIHAD.
Mengambil iktibar tersebut perlu kita tanya kepada diri sendiri mengapa kita yang mempunyai tubuh yang sihat tidak mampu untuk menggerunkan sedikit kepada pihak musuh ?... Mungkin fizikal kita tidak lumpuh tetapi jiwa kita yang lumpuh yang menjadi penghalang untuk menjadi pejuang yang sebenar.

Justeru itu bulan Mac ini wajar kita jadikan bulan untuk mengenang sejarah perjuangan Sheikh Ahmad Yassin. Tumbangnya seorang yang bernama Sheikh Ahmad Yassin akan muncul pula 1000 orang seperti Sheikh Ahmad Yassin. Inilah semangat yang perlu ada dalam jiwa setiap muslim.

Persoalan Palestin adalah juga tanggungjawab setiap muslim di seluruh dunia. Semoga Palestin akan kembali kepada umat Islam semula. Jika tidak hari ini mungkin minggu depan, jika tidak minggu ini mungkin tahun depan, dan jika bukan generasi kita mungkin generasi akan datang yang penting semangat perjuangan membebaskan bumi Palestin akan terus berjalan terus menerus.

22hb Mac 2009,genap 5 tahun pemergian Syuhadak ulung ini. Hari ini kita menyaksikan Palestin terus menerus dijajah dan dimusnahkan. Serangan udara dan darat tentera pengganas Zionist Israel pada awal 2009 ini menyaksikan berlakunya kemusnahan awam yang dahsyat. Lebih 1500 orang terkorban dan 5000 lagi cedera.

Hari ini setelah tiga bulan berlalu. Dunia seolah-olah sudah melupakan kesengsaraan penduduk Palestin. Tanpa kita sedari, Palestin sudah menjadi sebuah penjara terbesar di dunia.Regim Zionist juga menyekat kemasukan bahan makanan dan asas daripada semua arah sehinggakan dari arah bawah tanah sekali. Bekalan dan bantuan juga disekat di sempadan-sempadan. Namun yang sedihnya ada negara-negara Islam yang menjadi boneka Israel dengan turut menutup pintu sempadannya.

Semoga hari, perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa akan dipikul oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Akan tiba saat dan ketikanya suatu masa dihadapan,pemimpin terbaik yang akan memimpin bala tentera terbaik ummah yang akan membersihkan bumi Palestin daripada Zionist Yahudi.

Tahun 2022 Masihi atau 1444 Hijrah, adalah tarikh sasaran untuk umat Islam seluruh dunia menggembeling kekuatan daripada sekarang untuk ‘Futuhah Palestin 2022 M’. Insya Allah kita semua dapat mendirikan solat secara berjemaah di Masjid Al-Aqsa pada ketika itu yang akan berada dalam naungan pemimpin terbaik umat Islam ketika itu. AMIN…

Tuesday, 17 March 2009

Adakah Beliau Layak?

"Perbezaan Pendapat Halang Umat Islam Bersatu"
  
Itulah tajuk berita dalam Harian Metro hari ini, beliau berucap semperna majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam pemikiran dan tamadun islam oleh Sultan Ahmad Shah selaku Head of IIUM.
  
Yang menjadi persoalannya, adakah dia yang juga ULAMA ISLAM HADHARI layak menerima anugerah itu?? 

Saturday, 14 March 2009

Lagu "Allah Peduli" Diharamkan

Penyanyi dan pelakon terkenal dari seberang Agnes Monica yang juga dikenali sebagai jelita dalam sinetron 'JELITA' yang masih ditayangkan di tv3, dia telah menyanyikan lagu kontroversi "Allah Peduli".

Aku tidak pasti siapa penulis sebenar lagu tersebut tapi yang pasti lagu tersebut adalah dakwah kristian untuk memesongkan akidah umat ISLAM.


 


Lirik lagu ini betul-betul mengelirukan dan boleh memesongkan akidah.


Aku cukup kesal dengan kerajaan Malaysia kerana hanya Majlis Agama Islam Selangor yang memberi kenyatan melalui Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa supaya lagu tesebut diHARAMkan di malaysia.

Link ke Bernama
Link ke KOSMO  

Friday, 13 March 2009

Pemimpin Beginikah Yang Kita Mahukan?

Di zaman dulu para pemimpin disanjung kerana agama, kekuatan, ketabahan, dan kepimpinannya, Tapi dizaman yang serba moden ini para pemimpin disanjung kerana TANDER, JAWATAN dan pelbagai kemudahan lagi yang di inginkan.


Ketua AGAMA ISLAM dan juga pemimpin-pemimpin besar Malaysia melaungkan agar semua rakyat mengikut lunas-lunas islam, tetapi mereka sendiri MENAFIKAN ajaran islam! mereka mengamalkan ZINA! mereka mengamalkan HOMOSEXUAL! dan mereka juga meminum ARAK!


Pemimpin yang mana yang anda semua ingin memimpin NEGARA kita?

Siapa Yang Derhaka??

Isu di Perak belum lagi selesai, isu derhaka menjangkit pula ke Kedah, hanya disebabkan surat layang Exco Kedah dituduh menderhaka kepada Sultan.

Artikel ini khas untuk isu derhaka di Perak.

Kerajaan HALAL Pakatan Rakyat di Perak dituduh menderhaka kepada Sultan, pada pandangan aku isu derhaka memang wujud, tapi siapa yang derhaka pada siapa?

Rakyat derhaka pada raja dan pemimpin kah?
atau pemimpin dan raja yang DERHAKA pada pilihan rakyat? 

Menteri 'ZOOM' Dalam Bahaya


  
Adakah menteri 'ZOOM' akan mengelaurkan kenyataan mengenai siasatan SPRM berkenaan setiausaha dan serbuan keatas pejabatnya?? kita tunggu dan lihat sejauh mana menteri BN ni nak mengelak.
  
Dan Kite tengok macam mane plak Dollah Hadhari menbacking menterinya seperti mana dia backing menteri penerangan selepas kalah debat dengan DSAI.
 

Thursday, 5 March 2009

Sidang DUN Pertama Di Dunia

Pandai Sungguh Tan Sri Dr P.Ramlee.... 


























Wednesday, 4 March 2009

Sidang DUN Yang Paling Istimewa

Semalam sidang DUN tergempar Negeri Perak diadakan dibawah sebatang pokok kira-kira 150meter dari SUK pejabat SUK kerana mereka semua dihalang memasuki pejabat tersebut oleh pihak Polis.

Telah jelas dan nyata POLIS Malaysia tidak adil, berat sebelah dan telah dipolitikkan oleh Barisan Nasional.

Ramalan Tan Sri P.Ramlee

 Berita Kosmo