Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya.
An-Nisa':58

Monday, 10 September 2012

Dah ade dah... tunggu mase je lagi


Muzium da ade... partinye tak lme lagi nak terus berkubur dah, rase2nye kerajaan pakatan rakyat nanti nak biarkan or musnahkan muzium ni?

Saturday, 25 August 2012

Babas dari SPRM kerana bakal CALON

Difahamkan pada bulan ramadhan yang lalu rakan yang bekerja di SPRM Negeri Sembilan telah menahan seorang yang berpangkat Datuk kerana rasuah.

Tetapi dia dibebaskan pada malam hari yang sama diatas arahan pihak ATASAN, alasan dia dibebaskan kerana dia akan bertanding pada PRU-13 yang akan datang.

Dari cerita kat atas ni, rasenye semua dah tau dia akan bertanding untuk parti apa betul??

UNDILAH mereka lagi agar kroni2 yang bersalah akan sentiasa BEBAS!

Wednesday, 1 August 2012

Lagu kelakar "Udin Sedunia"


Tuesday, 26 June 2012

Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai


Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.


Friday, 22 June 2012

Sebahagian Senarai Kereta Sultan Johor



Ku Yem, minta sebijik bleh? Hu hu
Jual kesemua kereta dan duitnya beri pada rakyat miskin di Johor. Ada bran? Buktikan kasih sayang anta pada mereka.

Kereta di import melalui Pelabuhan singapura, sampai singapura hantar ke bengkelnya di singapura juger, tampal plat "JOHOR", bawa kereta melalui tambak, di tengah tambak johor sempadan Malaysia Singapura, polis outriders akan tunggu, dan lead kereta melepasi kastam, jadi kereta itu terlepas dari pemeriksaan kastam. Maka selamat lah...

Ni semua Wayang!
Kelulusan untuk nombor JUA1, JUB1, JUC1 dah dapat pun akhir tahun 2010 dengan harga norminal tanpa tender! Nombor-nombor ni masih jauh lagi! Standard aarr...

Ku Yem, janganlah bersedih dan mengharapkan PUK 1 lagi sebab Koh Soo Kun sudah tiada lagi..Wargh...

Senarai 159 biji kereta Ku Yem dengan Mail
Baki yang lain ada kat gudang di larkin berdekatan IKM dan di bengkel Singapura. 

NAK LEBIH LAGI??? KLIK LINK BAWAH NI

Sunday, 18 September 2011

Rayuan Derma Pembinaan Masjid Tok Guru

http://www.masjidtokguru.blogspot.com/

Friday, 27 May 2011

Pengakuan berani seorang BETINA

Pengakuan berani dibuat oleh seorang BETINA yang dah banyak kali mengugurkan anak.

BB: mase awak beranak tak sakit ke?

Betina: tak la... aku beranak dalam toilet senang je.

BB: tak kan takde rase sakit langsung?

Betina: memang takde la... maybe sebab lahir anak luar nikah, pompuan yang beranak halal tu dose dia ilang, tu yang sakit.

BB: ye ke? (buat2 tak tau), awak beranak sorang je ke dalam toilet tu?

Betina: aku dengan kawan aku la...

BB: lepas beranak tu, awak buat ape dengan baby tu?

Betina: lepas je keluar... kawan aku buang kat sungai belakang toilet.


BB: buang kat sungai?! awak tak rase bersalah ke? baby tu idup lagi ke tak mase tu?


Betina: dah takde kot, sebab lepas je keluar, kawan aku tutup mulut ngan idung dia, sedih tu ade gak... tapi takkan aku nak simpan, mati la aku.


BB: abis takde orang jumpe ke?


Betina: entah... takde pulak yang jumpe, ramai je yang buang kat sungai tu.


BB: astagfirullah al azim!!! (tu je yang mampu aku cakap)


Setakat tu je aku tanye dia, sebab aku rase marah sangat2 mase tu..., aku terus ubah topik lain, bengang gile... sebabnye dia boleh cakap tanpa ade ape2 perasaan...


Mungkin betul ape yang dia cakap, BETINA2 yang beranak anak luar nikah ni memang tak sakit sebabnye dose dia tak ilang... pastu sume betina2 yang beranak luar nikah ni senang2 je beranak dalam toilet sambil menyangkung.


Terlalu mudah anak2 muda sekarang membuat keputusan, tanpa memikirkan kesan di masa depan...

Untuk pengetahuan pembaca, interview ini dilakukan disekitar Port Dickson, dan name betina tersebut terpaksa aku rahsiakan.


Fikir2kan lah wahai pembaca semua...

Monday, 9 May 2011

Berita terlambat, babi dalam makanan!!!

2 hari lepas syarikat rangkaian makanan mengeluarkan pekeliling ke semua cawangannya supaya mengeluarkan satu bahan makanan yang terdapat dalam menu mereka, kerana telah diuji positif ada campuran babi dalam makanan tersebut.

JAKIM telah mengambil semple tersebut dari salah sebuah cawangan rangkaian itu pada bulan lalu.

Yang bestnye.. JAKIM hanya ambik semple dan uji, pastu tak keluarkan kenyataan rasmi dan keluarkan di akhbar.... pelik2.

Kroni ar kot

Thursday, 5 May 2011

Program Cuti Sekolah Kem Sinergi Remaja 2011

Sesi 1 :
2 - 5 Jun 2011
Kem Sri Raudhah, Gombak.

Sesi 2 :
9 - 12 Jun 2011
Kem Herba, Sg. Congkak, Hulu Langat.

* Sesi khas untuk ibubapa/penjaga :
5 & 12 Jun 2011 (Majlis Penutup)

** Bermula Khamis - Ahad (4 hari 3 malam)
** Terbuka untuk pelajar sekolah rendah (10 - 12 tahun) sekolah menengah (13 - 17 tahun)

Jurulatih Utama :
1) Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam Training & Consultancy)
2) Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy)
3) Zuhairi Mohd Nopiah (Total Success Training & Consultancy)
4) Mohd Arif Asa'ad Johari (Infitah Training & Consultancy)

Perkongsian Modul :
* Iman, Islam & Ihsan (Input, Proses & Output)
* Syariatullah & Sunnatullah.
* Pengurusan Emosi & Cinta Remaja.
* Nilai Kekeluargaan & Interaksi Sosial.
* Bengkel al-Fatihah.
* Kenali Potensi Diri Untuk Berjaya.
* 7 Sifat Individu Rabbani.
* 'Smart Solat Leads to Success'.
* 'Outdoor Games'.
* Permainan Berkonsep.

Pelaburan :
RM 450 untuk pendaftaran selepas 15 Mei 2011.
Hanya RM 395 untuk pendaftaran sebelum 15 Mei 2011.
* Pendaftaran 3 orang dan ke atas, layak menerima diskaun 10%.

Urusan Pembayaran :
Bank Pembayaran: Maybank Berhad
Akaun Penerima: Total Success Training & Consultancy
Nombor Akaun: 5622 6302 1919
* SMS nama, masa, tarikh pembayaran & jumlah RM untuk rekod & semakan.

Maklumat Lanjut :
013-200 6840 (En. Mohd Noor)
012-224 0622 (En. Firdaus)

Anjuran :
1) Total Success Training & Consultancy
2) Saiful Islam Training & Consultancy
3) Infitah Training & Consultancy

Laman Web Rujukan & Pendaftaran online :
* www.akademisinergi.com
* www.total-success.net
* stc.my
* www.infitahtraining.com
* saifulislam.com

Sunday, 10 April 2011

Awas telur ayam palsu!

Sunday, 20 March 2011

Advise From A Lady

Adakah Anwar Hadi akan dimasukkan ke dalam ISA dengan bantuan kerajaan Australia oleh kerana menghina "First Lady"?

Video ni memang best!

Monday, 14 March 2011

Al-Kitab, Syabas Zulkifli Noordin

Syabas Zul Noordin... saya sangat setuju dengan anda!


(Bible versi Bahasa Melayu Al Kitab yang diperolehi tahun 2006 di Kuala Lumpur)

Salam 2 all.

Semalam selepas kuliah teman bertemu dengan beberapa rakan bergelar ustad-ustad, mereka ini lulusan pengajian Islam dan ada yang aktif dalam politik. Sambil bersembang, teman tunjukkan buku diatas bertajuk "Al Kitab". Respon awal mereka berkata tak pernah pulak tengok kitab ni, dan ada antara mereka bertanya "ulama' mana yang tulis ni sheh?". Bila teman katakan ini adalah bible versi bahasa Melayu, mereka terkedu tak terkata apa. Jelas mereka sendiri terkeliru dan terpedaya! Bagaimana pula umat Islam awam yang bukan ustad agaknya?

Sesiapa juga yang melihat tajuk buku tersebut diatas pasti akan terfikir ianya adalah sebuah kitab berkaitan Islam. Dan kita tidak akan persalahkan sesiapa kerana memang itulah kelaziman kefahaman di Malaysia ini.

Sebenarnya isu bible versi bahasa Melayu ini pada teman ialah isu Perlembagaan. Artikel 11 (4) Perlembagaan jelas membuat suatu peruntukkan bahawa penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam di Malaysia ini, dan bagi maksud itu kesemua negeri diberi kuasa membuat undang-undang pelarangan tersebut. Boleh dikatakan kesemua negeri sudahpun mempunyai peruntukan mengharamkan penyebaran agama lain kepada umat Islam dan penggunaan beberapa perkataan saperti "ALLAH, Rasulullah, wahyu, qiblat" dan banyak lagi oleh mereka yang bukan Islam. Bermakna kalau bible versi bahasa Melayu ini dibawa ke Selangor, Negeri Sembilan dan lain-lain, ianya akan menyebabkan pembawanya melakukan satu kesalahan jenayah!

Yang teman pelik bin heran, ada para penyokong puak kristian ini dan pro-murtad menyatakan bahawa penyebaran dan penggunaan bible versi bahasa Melayu ini adalah hak asasi puak kristian. Hairannya puak-puak ini bila ada peruntukkan Perlembagaan yang memihak kepada umat Islam dan bangsa Melayu, ianya diputar-belitkansebagai isu hak asasi kemanusiaan. Tapi kalau peruntukkan Perlembagaan itu nampak memihak kepada mereka, dengan cepat mereka berkokok dan menyalak memperjuangkan Perlembagaan kononnya. Begitulah hipokritnya puak-puak ini!!!

Adalah jelas bible versi bahasa Melayu ini adalah bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang anti-propagasi yang telahpun dikanunkan. Kita lihat contoh-contoh tajuk dan ayat-ayat yang digunakan didalam Al-Kitab ini:

"Sepuluh Perintah Allah, Pemerintahan Allah, Kerajaan Allah, Mengenal Allah etc". Beikut petikan ayat didalam Al Kitab ini iaitu: "AlKitab akan menjawab pertanyaan saya tentang Allah", "Anda akan menemukan petunjuk-petunjuk dari tindakan Allah terhadap keadaan (kesedihan) itu", "Al Kitab akan dapat mengilhami anda tentang betapa besarnya kuat kuasa Allah", "Al Kitab dapat menjawab keraguan anda, dan Al Kitab dapat menunjukkan anda bagaimana mempercayai Allah".

Kalau macam ni punya jelas pun ada puak yang masih mengambil sikap tidak mahu memahami putar belit dan niat sebenar segelintir puak missionary kristian ini, tak tahulah teman nak kata apa lagi yop! Sebab itu ALAH mengingatkan kita didalam Surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian ini tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka".
Ada segelintir daripada mereka mendakwa bahawa Al Kitab versi bahasa Melayu ini adalah untuk kegunaan kaum pribumi Sabah & Sarawak. Pada teman ini satu pembohongan. Kerana teman sendiri menerima naskah Al Kitab ini pada tahun 2006. Dan terdapat catatan tulisan tangan didalamnya yang menyebut "semoga anda disentuh oleh kebenaran buku ini. Luv in Christ".

Selanjutnya, persoalan kita mahu tanya mengapa sampai 35,000 naskah bible versi bahasa Melayu ini hendak dibawa masuk, dan 5,000 naskah daripadanya sedang ditahan di Pelabuhan Klang? Ramai betul kaum Kristian yang tak faham bahasa Inggeris ini agaknya? Kalau benar ianya untuk kegunaan kaum pribumi Sabah & Sarawak, kenapa tidak ditulis sahaja bible versi bahasa kadazan, dayak, iban, dan banyak lagi? Kenapa mesti bahasa Melayu? Ada antara kaum pribumi ni bahasa Melayu pun dia tidak faham!?

Teman masih ingat pada 07.08.2006, semasa hangat isu murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy, timbul isu mengenai bible versi bahasa Melayu di internet. Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow dalam kenyataan yang disiarkan akhbar The Star berkaitan isu ini menyatakan ianya hanya bertujuan untuk "penganut Kristian Sabah & Sarawak". Tahun 2006 mereka bercakap tentang hak nak guna bible versi bahasa Melayu di internet, dalam tempoh lima tahun sekarang mereka bercakap tentang hak nak bawa masuk naskah bible versi bahasa Melayu pulak. Teman tidak akan terkejut lagi lima tahun mereka akan mendesak orang Melayu diberi hak membaca bible versi bahasa Melayu ini. Dan lima tahun selepas itu mereka akan mendesak prang Melayu diberi hak memilih untuk murtad dan masuk kristian. Amaran ALLAH itu tetap benar!!!

Ada juga diantara mereka menyatakan mengapa bible versi bahasa Melayu ini boleh dicetak dan diedarkan di Indonesia. Sedangkan Indonesia ada 200 juta lebih umat beragama Islam, dan mereka tidak bising pun.

Pertama teman ingin tegaskan sebenarnya ramai umat Islam di Indonesia yang membantah tentang bible versi bahasa Melayu ini, tetapi Indonesia terperangkap dengan fahaman Pancasila yang diamalkan.

Kedua, kalau hendak sangat ikut cara Indonesia, kita perlu ikut semua. Di Indonesia, semua rakyatnya tidak kira apa bangsa dan agama mesti pakai dan gunakan nama Melayu. Tidak ada Karpal, tidak ada Kitsiang, tidak ada kecuali semuanya nama Melayu. Di Indonesia tidak ada sekolah jenis Cina, Tamil atau sekolah missionary. Semuanya sekolah kebangsaan, berbahasa Melayu. Kalau hendak sangat ikut Indonesia, kita kena ikut semua, baru adil! Persoalannya, mahukah puak-puak ni berbuat sedemikian; buang nama bukan Melayu, tutup semua sekolah bukan Melayu dan lain-lain. Kalau berani, persilakan!

Dan kalau beriya sangat nak guna frasa-frasa Islam saperti nama ALLAH; teman cabar supaya kita tukar prinsip pertama Rukunegara daripada "Kepercayaan Kepada Tuhan" kepada "Kepercayaan Kepada ALLAH". Berani? Kalau berani jom kita lakukan!

Teman membantah cubaan untuk membawa masuk dan menggunakan bible versi bahasa Melayu yang dipanggil Al Kitab. Ianya hanya memperkuatkan apa yang ALLAH telahpun nyatakan kepada kita umat Islam dalam ayat yang teman sebut diatas yang dinyatakan didalam Surah Al Baqarah: 120. Yakinlah apa yang disebut ALLAH itu benar; dan amaran ALLAH itu juga adalah benar.

Oleh itu teman mendesak kerajaan khususnya Kementerian dalam Negeri supaya bertegas dalam melarang kemasukan bible versi bahasa Melayu ini. Jangan tunduk kepada tekanan melampau segelintir kaum fanatik dan missionaruy kristian dan penyokong pro-murtad. Ingat, jangan ingat orang bukan Islam sahaja ada perasaan sensitif, orang Melayu beragama Islam juga punya perasaan sensitif. Jangan dicabar kami melampau-lampau, kerana tiap kesabaran itu ada hadnya!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rabi'ul Akhir 1432
12 Mac 2011

PRU-13 Bulan Mei

Kemungkinan besar Pru-13 akan berlangsung bulan Mei atau Jun ini!

Ini kerana Najib akan kumpulkan nama2 calon untuk bertanding untuk semua kerusi pada bulan April.


Sumber dari perhubungan UMNO N9